Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Remaja Qurani 1447H bentuk generasi berakhlak dan berilmu
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Remaja Qurani 1447H bentuk generasi berakhlak dan berilmu

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Pusat Pengembangan al-Quran Darul Hana (DHQc-MIS), Mohamad Shalahudin Marzuki mewakili Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berucap pada Program Kem Remaja Qurani 1447H yang diadakan di Kuching, hari ini. Foto Ukas

KUCHING: Program Kem Remaja Qurani 1447H diteruskan dengan matlamat memperkukuh pendidikan al-Quran dalam kalangan remaja, sekali gus membimbing mereka menjadi generasi berakhlak, berilmu dan dekat dengan hidayah Allah.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata program berkenaan menyediakan ruang untuk peserta mendapatkan pencerahan, bimbingan dan inspirasi agar mampu membina masa depan lebih cerah berlandaskan cahaya al-Quran.

“Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah AR-Ra’d ayat 28 yang bermaksud: ‘Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang’.

“Ayat ini adalah peringatan lembut daripada Allah bahawa ketenangan sebenar tidak datang daripada hiburan, rakan atau dunia di sekeliling semata-mata tetapi daripada hati yang sentiasa mengingati-Nya.

“Ia mengajak para remaja yang sedang melalui fasa penuh cabaran, pencarian identiti diri dan tekanan emosi untuk kembali membina hubungan dengan Allah sebagai sumber kekuatan dan ketenangan,” katanya.

KETUA Pegawai Eksekutif Pusat Pengembangan al-Quran Darul Hana (DHQc-MIS), Mohamad Shalahudin Marzuki rakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain dan peserta program Kem Remaja Qurani 1447H yang diadakan di Kuching, hari ini. Foto Ukas

Ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengembangan al-Quran Darul Hana (DHQc-MIS), Mohamad Shalahudin Marzuki pada majlis penutupan program tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Misnu memberitahu, DHQc-MIS merupakan salah satu agensi di bawah Majlis Islam Sarawak yang diberi mandat untuk menyelaras dan menerajui pembangunan al-Quran di seluruh negeri Sarawak.

Jelasnya, DHQc-MIS berperanan sebagai pusat pembudayaan dan pengembangan ilmu al-Quran yang komprehensif, merangkumi pendidikan, penyelidikan, latihan profesional, pentaksiran, pentauliahan dan pemuliaan al-Quran.

“Dengan visi ‘Al- Quran Teras Pembangunan Ummah’, DHQc-MIS berusaha memastikan masyarakat Islam Sarawak bukan sahaja dapat membaca al-Quran, tetapi juga memahami makna, menghayati nilai-nilai wahyu dan membina kehidupan berteraskan panduan kitab suci ini,” ujarnya.

Selaras dengan fungsi sebagai pusat rujukan negeri, DHQc-MIS digerakkan melalui tiga lajnah utama, iaitu Lajnah Tarbiyah yang menumpukan pendidikan dan pengajaran al-Quran, diikuti Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan yang memperkasa pengembangan ilmu serta wacana akademik, manakala Lajnah Kawalan dan Komunikasi berperanan sebagai benteng memastikan kesucian al-Quran sentiasa terpelihara.- Ukas

Continue Reading

Previous: Polis siasat kematian warga indonesia di Jalan Lumba Kuda, Penrissen Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.