Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pembangunan jalan dan elektrik pacu transformasi Samarahan
  • SEMASA

Pembangunan jalan dan elektrik pacu transformasi Samarahan

Utusan Sarawak 3 hours ago
Premier Sarawak berucap pada Majlis Pelancaran Projek Naik taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan di Dewan Kampung Sampat, Sebuyau. Foto UKAS

SEBUYAU: Pembangunan infrastruktur elektrik dan jaringan jalan raya baharu bakal menjadi pemacu utama transformasi kawasan Samarahan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, rangkaian pembangunan itu termasuk pembinaan jalan empat lorong dari Sejingkat ke Beriong, Tanjung Bundong, Asajaya hingga Sadong Jaya sebelum disambung ke Lingga dan seterusnya ke Sri Aman dan Betong.

“Pembangunan bersepadu tersebut akan mempercepatkan pertumbuhan kawasan baharu sekali gus mengurangkan jurang perbezaan kemudahan antara bandar dan luar bandar.

“Perancangan itu penting bagi menyokong kemajuan ekonomi setempat yang semakin berkembang seiring pertambahan penduduk dan aktiviti perumahan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Naik taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan di Dewan Kampung Sampat, hari ini.

Gimik Pelancaran Projek Naik taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan di Dewan Kampung Sampat, Sebuyau. Foto UKAS

Tambah beliau, perubahan gaya hidup rakyat yang bergantung kepada peralatan elektrik dan kemudahan digital menuntut kapasiti tenaga yang lebih stabil serta mampu menyokong keperluan masa depan.

“Sehubungan itu, projek naik taraf bekalan elektrik Samarahan dilaksanakan melalui pemasangan kabel baharu, peningkatan ke sistem tiga fasa dan pembinaan dua substesen utama.

“Projek sepanjang 134 kilometer ini dibahagikan kepada lima pakej dengan kerja-kerja bermula Disember ini dan dijadualkan siap secara berperingkat sehingga 2028.

“Pakej tersebut meliputi naik taraf dari Asajaya ke Batang Sadong, penyeberangan kabel rentas sungai, sambungan ke Simunjan serta jajaran akhir menuju Gedong,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut bahawa peningkatan kapasiti bekalan elektrik itu juga diperlukan bagi menampung pembangunan lebih 6,000 lot perumahan baharu dalam perancangan di Samarahan.

“Projek bernilai RM150 juta ini terpaksa diambil alih kerajaan Sarawak selepas Kerajaan Persekutuan tidak dapat menyediakan peruntukan.

“Keputusan ini dibuat kerana negeri mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dan rakyat tidak boleh dibiarkan menunggu sehingga projek tertangguh lebih lama.

“Saya berharap kerjasama penduduk dapat memastikan kelancaran pelaksanaan projek kerana kejayaannya bakal menentukan masa depan Samarahan sebagai wilayah baharu yang pesat membangun,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Uggah bentang dua RUU utama pada Persidangan DUN Sarawak esok
Next: Kementerian Luar Negeri hulur bantuan segera pelajar UUM terkandas di Hatyai — Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.