Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh laksanakan pemantauan awal kawasan berisiko banjir 
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Spaoh laksanakan pemantauan awal kawasan berisiko banjir 

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA APM Spaoh melakukan pemantauan di beberapa lokasi ‘hotspot’ iaitu kawasan berisiko banjir di sekitar Daerah Spaoh hari ini. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh hari ini telah melaksanakan pemantauan awal di beberapa lokasi ‘hotspot’ iaitu kawasan berisiko banjir bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Menurut kenyataan APM Spaoh, semasa tinjauan dijalankan, keadaan kawasan tersebut dilaporkan baik dan terkawal, dengan paras air berada dalam keadaan normal atau surut.

APM menekankan bahawa langkah pemantauan awal ini adalah proaktif untuk menghadapi kemungkinan hujan lebat berterusan yang berpotensi menjejaskan kawasan berisiko.

Selain itu, pihak APM akan terus memberikan amaran awal kepada penduduk melalui media elektronik dan media sosial sekiranya situasi banjir dijangka berlaku, bagi membolehkan langkah keselamatan diambil dengan segera.

Fasa awal Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku antara November hingga Disember tahun ini dijangka memberi impak utama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, termasuk Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Selain negeri-negeri tersebut, Johor, Sabah, dan Sarawak turut berpotensi mengalami hujan lebat berterusan pada Disember 2025 hingga Januari 2026, menjadikan pemantauan berterusan APM amat penting.

Penduduk diingatkan agar sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada pihak berkuasa dan mematuhi arahan keselamatan bagi mengurangkan risiko serta kerugian akibat bencana banjir.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kursus bakeri anjuran Wanita PBB Bukit Saban bimbing wanita Paku ceburi dunia niaga 
Next: 2,000 anak ikan tengadak dilepaskan untuk pulihara ekosistem sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.