Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kaji pelaksanaan pendapatan asas, fokus perkukuh SOEs demi pertumbuhan ekonomi
  • TEMPATAN

Sarawak kaji pelaksanaan pendapatan asas, fokus perkukuh SOEs demi pertumbuhan ekonomi

Utusan Sarawak 5 hours ago
UCAPAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bercakap pada majlis makan malam Gala Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) ke-74 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto JAPEN

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti kemungkinan melaksanakan pendapatan asas sebagai usaha mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi.  

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, walaupun konsep pendapatan asas dilihat mampu meningkatkan jaminan kewangan rakyat, pelaksanaannya memerlukan kajian mendalam serta kekuatan fiskal yang kukuh.

“Pendapatan asas adalah satu konsep yang baik, tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan serta-merta tanpa kajian terperinci dan persiapan rapi. 

“Keberkesanannya bergantung kepada kekuatan kewangan dan kemampuan kita mengurus dana pencen yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) ke-74 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

MAJLIS Makan Malam Gala Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) ke-74 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto JAPEN

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang memperkukuh kecekapan sektor awam melalui transformasi Syarikat Milik Kerajaan (GLC) kepada Syarikat Milik Negeri (SOEs) yang bakal diurus secara profesional.

“Perincian mengenai pengwujudan SOEs serta rancangan reformasi sektor awam akan dibentang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan.

“GLC akan diubah menjadi perusahaan komersial yang dimiliki 100 peratus oleh kerajaan Sarawak, tetapi dijalankan secara profesional. 

“Kita perlu memilih pemimpin yang berorientasikan prestasi. Pemimpin yang tidak berprestasi boleh dipecat tanpa terikat dengan peraturan perkhidmatan awam,” jelasnya.

Turut hadir, Presiden Sepanjang Hayat Kehormat SCCI, Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Presiden SCCI, Datuk Philip Ting Ding Ing, Pengerusi Penganjur Dr Lu Jye Ying serta tetamu jemputan lain.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lima RUU jadi fokus sidang DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.