Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Deaflympics 2025: Azlan pecah rekod kebangsaan walaupun tidak ke final 800m
  • SUKAN

Deaflympics 2025: Azlan pecah rekod kebangsaan walaupun tidak ke final 800m

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELARI negara, Azlan Kuste (tiga, kiri) ketika beraksi pada acara 1,500 meter lelaki peringkat pusingan satu sempena temasya Deaflympics 2025 di Stadium Komazawa Metropolitan hari ini. Beliau layak ke peringkat akhir selepas menjadi antara enam terbaik pada saringan dua pusingan satu. Foto BERNAMA

TOKYO: Atlet olahraga negara Azlan Kuste sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 800 meter (m) pada Deaflympics 2025 apabila mencatatkan masa 1 minit 58.75 saat (s) pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Metropolitan Komazawa hari ini.

Meskipun hanya berketinggian 158 sentimeter, Azlan memecahkan rekod 1:59.40s yang dicatatkan semalam pada pusingan pertama saringan kedua yang sebelumnya adalah 2:03.97s pada Sukan SEA Pekak di Jakarta, Ogos lepas.

Namun, Azlan gagal menempatkan diri ke final temasya Deaflympics itu selepas tidak berada dalam kelompok dua pelari teratas setiap tiga saringan dan bukan antara dua pelari terpantas seterusnya, dengan beliau berada pada kedudukan ketiga pada separuh akhir pertama itu. 

“Sangat bersyukur sebab saya dapat pecah rekod kebangsaan dua kali berturut-turut selain sangat berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan kepada saya tanpa henti. 

“Walaupun terpaksa beraksi berturut-turut, saya sudah terbiasa dengan semua ini dan badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan latihan sebegini. Walaupun tidak ke final, saya sudah berikan yang terbaik,” katanya menerusi jurubahasa isyarat di sini hari ini.

Azlan berkata strategi yang dirangka bersama barisan kejurulatihan membolehkannya ‘memotong’ setiap pelari seperti mula pecut pada 200m terakhir. 

Beliau kini akan menumpukan perhatian kepada acara seterusnya apabila dijadualkan beraksi dalam final 5000m pada 24 November ini.

Keberanian dan disiplin Azlan membuktikan walaupun bersaiz kecil, beliau mampu memberi impak besar di pentas antarabangsa, sekali gus menjadikannya figura inspirasi kepada orang ramai. – Bernama

Continue Reading

Previous: Terbuka Australia 2025: Tang Jie-Ee Wei hampiri gelaran kedua tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.