Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Nancy gesa tubuh pasukan pakar AI dan NI segera untuk kanak-kanak
  • PENDIDIKAN

Nancy gesa tubuh pasukan pakar AI dan NI segera untuk kanak-kanak

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri bercakap kepada media selepas merasmikan Program Citra Akademik untuk Komuniti dan Alam (CAKNA) di Kampung Salak, hari ini.

SANTUBONG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menggesa agar satu pasukan pakar berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) dan Kepintaran Insani (NI) ditubuhkan segera bagi memperkukuh pendidikan keselamatan digital dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau berkata, permintaan itu telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Sri Ahmad Fahmi Fadzil susulan keperluan mendesak untuk memperluas topik AI dan NI dalam program advokasi yang dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh negara

Nancy berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Citra Akademik untuk Komuniti dan Alam (CAKnA) di Kampung Salak, hari ini.

Menurutnya, walaupun pengisian advokasi sedia ada memberi tumpuan kepada literasi digital asas, aspek pemahaman terhadap AI masih kurang diberi penekanan sedangkan kanak-kanak semakin terdedah kepada teknologi tersebut, termasuk melalui permainan dalam talian.

“Kanak-kanak hari ini terdedah kepada unsur AI dalam permainan. Mereka perlu diberi kefahaman jelas bahawa AI bersifat artifisial, manakala manusia memiliki kebijaksanaan sendiri. Sebab itu kita perlukan pasukan yang benar-benar pakar untuk menyampaikan topik ini dengan tepat dan berkesan,” katanya.

Nancy turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif terbaharu TikTok yang menyediakan panduan keselamatan digital untuk ibubapa, dan menyifatkannya sebagai langkah penting dalam membantu pemantauan peranti oleh anak-anak.

Katanya, usaha mendidik masyarakat mengenai risiko digital tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan penyertaan aktif komuniti termasuk ibu bapa, sekolah dan agensi berkaitan.

Setakat 3 Oktober lalu, kementeriannya telah melaksanakan program advokasi di 327 sekolah, sekali gus melebihi sasaran awal sebanyak 300 sekolah untuk tahun ini. Sejak 2024 pula, program berkenaan merangkumi 337 sekolah dengan penyertaan lebih 128,148 pelajar.

Beliau menjelaskan, peluasan ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) turut menyumbang kepada peningkatan angka penyertaan, selain memastikan liputan advokasi tidak hanya tertumpu kepada pelajar tetapi juga masyarakat setempat.

“Kejayaan program ini bergantung kepada kolaborasi pelbagai pihak Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta rangkaian komuniti. Namun yang paling penting sekali ialah peranan ibu bapa,” jelasnya.

Selain aktiviti pendidikan, Program CAKnA kerjasama Universiti Malaya turut menitikberatkan saringan awal untuk penyakit kencing manis dan paru-paru kronik di kalangan penduduk setempat.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 88 kanak-kanak diraikan dalam Konvokesyen Tabika Perpaduan Sibu 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.