Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga elemen utama pertumbuhan negara
  • TEMPATAN

Tiga elemen utama pertumbuhan negara

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO Sri Michael Manyin Jawong bergambar bersama pemenang Konvensyen Penyelidikan, Inovasi dan Kreativiti (PIK 2020) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Penyelidikan, inovasi dan kreativiti adalah tiga elemen utama untuk pertumbuhan berterusan negara dalam jangka masa panjang.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, ketiga-tiga aspek ini sama pentingnya untuk menghadapi cabaran dunia yang kian berubah.

“Saya percaya bahawa tidak ada kekurangan orang inovatif di Sarawak dan di Malaysia secara keseluruhan.

“Hal ini dibuktikan dengan Malaysia menduduki tempat ke-35 daripada 129 negara dalam Indeks Inovasi Global pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Penyelidikan, Inovasi dan Kreativiti (PIK 2020) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, semalam.

“Oleh itu, semua orang yang berinovasi dalam bidang pekerjaan mesti memastikan bahawa mereka sentiasa menambah kecekapan melalui peningkatan profesional dan pengembangan berterusan,” ujarnya.

Beliau turut gembira kerana anak muda yang dilatih menjadi guru di kampus berkenaan menjadi salah seorang yang inovatif dan kreatif.

“Kita memerlukan guru yang inovatif dan kreatif bagi memupuk dan menyokong perkembangan anak-anak yang akan menjadi inovator.

” Oleh itu, Kementerian Pendidikan telah merombak keseluruhan sistem termasuk struktur kurikulum, kandungan, pedagogi dan pendekatan kelas, semuanya dengan satu tujuan iaitu untuk memupuk kreativiti dan mempercepatkan inovasi,” jelasnya.

“Dalam sistem ini, guru berfungsi sebagai pendorong kerana mereka adalah orang yang menjalan dan melaksanakan kurikulum.

“Adalah penting bagi guru sendiri untuk menjadi kreatif dan inovatif dalam amalan bilik darjah agar mereka bertindak sebagai teladan kepada pelajar mereka.

” Saya menganggap menjadi tanggungjawab semua guru untuk mengkaji kesesuaian dan keberkesanan amalan mereka dengan ciri-ciri generasi masa kini dan yang lebih penting lagi, keperluan masa depan mereka. Guru inovatif adalah pelopor dalam usaha kita untuk maju pada masa depan,” tegasnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Bertanding dalam pilihan raya adalah hak warga
Next: Pantau aktiviti, projek dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.