Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Deaflympics 2025: Syabil Azam, Choon Seong rangkul emas pertama Malaysia
  • SUKAN

Deaflympics 2025: Syabil Azam, Choon Seong rangkul emas pertama Malaysia

Utusan Sarawak 13 hours ago
ATLET boling negara, Syabil Azam Syamsul Azam dan Ho Choon Seong bergambar bersama pingat emas yang dimenangi mereka selepas menjuarai acara Men’s Doubles Bowling pada temasya Deaflympics 2025 di Higashiyamoto Grandbowl hari ini. Foto Bernama

TOKYO: Penantian tujuh hari penuh debaran kontinjen Malaysia berakhir dengan kegembiraan apabila acara doubles boling menghadiahkan emas pertama negara pada Deaflympics 2025 di sini, hari ini.

Dalam pusingan akhir yang berlangsung sengit di Higashiyamato Grand Bowl, Syabil Azam Syamsul Azam dan Ho Choon Seong melangkaui jangkaan dengan persembahan cemerlang untuk mengejutkan Ukraine 2-1.

Meskipun berdepan tekanan daripada khalayak yang mengharapkan kemenangan, gandingan itu kekal fokus bagi mengumpul jatuhan pin 243, 181 dan 226 sekali gus mengatasi Danyliuk Vadym dan Ialovega Vladyslav.

Syabil, 21, yang baru digabungkan dengan Choon Seong bulan lepas berkata keserasian mereka memainkan peranan penting dan kedua-duanya sentiasa menyaingi intensiti masing-masing untuk terus mempamerkan prestasi baik sepanjang pertandingan.

“Alhamdulillah. Hari ini rezeki kami menang pingat emas Deaflympics. Saya sangat gembira dapat banggakan ibu bapa. Pingat ini untuk mereka kerana mereka telah melakukan segalanya untuk menyokong saya,” katanya menerusi jurubahasa isyarat kepada Bernama.

Choon Seong pula menzahirkan penghargaan buat jurulatih pasukan yang telah membimbing mereka pada detik-detik sukar, menyatakan bahawa segala kesusahan diharungi dirasakan berbaloi pada ketika jatuhnya pin terakhir.

Apa yang mengagumkan, kemenangan mereka tiada dalam jangkaan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), sekali gus membantu kontinjen negara menghampiri sasaran tiga emas.

Sebelum ini MSDeaf menyasarkan emas menerusi acara beregu wanita dan beregu campuran dalam badminton serta boling berpasukan lelaki.

Setakat ini, badminton telah menyumbang gangsa menerusi acara beregu campuran manakala acara boling berpasukan lelaki akan berlangsung Ahad ini.-Bernama

Continue Reading

Previous: Deaflympics 2025: Edmund-Wei Ying hadiahkan gangsa berharga buat Malaysia
Next: BSDS buktikan Sarawak kini mampu jadi hab permotoran Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.