Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Belanjawan 2026: Peruntukan lapan kementerian lulus peringkat jawatankuasa
  • NASIONAL

Belanjawan 2026: Peruntukan lapan kementerian lulus peringkat jawatankuasa

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Peruntukan Belanjawan 2026 peringkat jawatankuasa bagi lapan kementerian diluluskan pada mesyuarat Dewan Rakyat minggu ini.

Kementerian yang terlibat ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Turut diluluskan ialah peruntukan untuk Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Belia dan Sukan.

Setakat ini, peruntukan bagi 19 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri telah diluluskan, manakala peruntukan bagi baki lapan kementerian dijadualkan dibahaskan pada minggu depan.

Sesi perbahasan dan penggulungan Belanjawan 2026 bagi setiap kementerian peringkat jawatankuasa berlangsung dari 5 hingga 27 November.

Sementara itu, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sebelum berlepas untuk lawatan rasmi ke benua Afrika, mendapat penghargaan Ahli Parlimen.

Antara isu yang dibangkitkan pada sesi MQT ialah pemerkasaan reformasi institusi perundangan negara. Perdana Menteri berkata empat rang undang-undang (RUU) dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

RUU itu meliputi RUU Ombudsman, Kebebasan Maklumat (FOI), Pendanaan Politik serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang kini dalam proses libat urus. Selain itu, pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 turut akan dibentangkan, termasuk insentif kepada pemberi maklumat.

Berkaitan status pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, Anwar berkata pemantauan berkala dilaksanakan dan cadangan penambahbaikan diberi perhatian, termasuk insentif cukai kepada organisasi yang menyertai program antirasuah dengan berkesan serta penetapan kadar elaun kepada saksi yang bersedia bekerjasama.

Beliau turut mengulangi pencapaian agensi penguat kuasa dalam aspek pembanterasan rasuah, ketirisan, penyeludupan dan kartel sehingga berjaya mengembalikan RM15.5 bilion hasil negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada aset kerajaan digunakan dalam mana-mana program sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Malah Anwar berkata beliau sendiri telah mengarahkan supaya kempen parti dalam pilihan raya, tidak melibatkan sebarang agensi kerajaan.

Turut menjadi agenda minggu ini ialah pembentangan empat RUU untuk bacaan pertama, manakala bacaan kedua dijadualkan pada mesyuarat kali ini.

RUU tersebut ialah RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) (No.2) 2025, RUU Rukun Tetangga (Pindaan) 2025, RUU Kewangan 2025 dan RUU Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia merekodkan 190,304 perkahwinan dan 60,457 penceraian pada 2024
Next: PTPTN catat simpanan SSPN melepasi sasaran menerusi BMS 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.