Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi Kedayan diperkukuh, Makan Tahun Kuala Nyalau dirancang dalam skala lebih besar
  • Utara
  • WILAYAH

Tradisi Kedayan diperkukuh, Makan Tahun Kuala Nyalau dirancang dalam skala lebih besar

Utusan Sarawak 4 hours ago
Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan berucap pada majlis penangguhan Program RSK Peringkat Bahagian Bintulu 2025 di Kampung Kuala Nyalau hari ini.

BINTULU: Majlis makan tahun Kampung Kuala Nyalau bakal dianjurkan dengan skala lebih besar tahun depan sebagai langkah memantapkan tradisi masyarakat Kedayan dan menjadikannya sebagai acara tahunan tetap komuniti.

Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan berkata, penganjuran yang dipertingkat itu penting bagi mengukuhkan perpaduan serta melibatkan lebih ramai penduduk dalam aktiviti kebudayaan setempat.

Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penerima semasa program RSK di Kampung Kuala Nyalau hari ini.

“Kita mahu majlis makan tahun ini dilaksanakan secara lebih besar dan dijadikan acara tahunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Peringkat Bahagian Bintulu 2025 di Kampung Kuala Nyalau di sini, hari ini.

Beliau berkata penyertaan pemimpin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju, Jepak dan Tanjong Batu juga dirancang bagi memeriahkan penganjuran berkenaan serta mengangkat semula tradisi tersebut ke peringkat lebih tersusun.

Majlis makan tahun merupakan adat masyarakat Kedayan yang lazimnya diadakan selepas musim menuai sebagai tanda kesyukuran dan lambang kebersamaan. 

Sebahagian penduduk Kampung Kuala Nyalau yang hadir pada Program RSK Peringkat Bahagian Bintulu 2025.

Tradisi itu kekal diamalkan terutama dalam komuniti Kedayan di kawasan utara Sarawak seperti Bintulu, Miri, Bekenu, Sibuti dan Niah.

Pada majlis sama, Awang Mohammed Nizam turut memberitahu bahawa Regata Bintulu kembali dianjurkan selepas 14 tahun tidak diadakan dan menggesa penduduk untuk memberikan kerjasama bagi memastikan penganjurannya berjalan lancar.

“Saya berharap penduduk Kampung Kuala Nyalau dapat bersama menjayakan Regata Bintulu yang akan diadakan pada bulan depan,” katanya.

Regata Bintulu dijadual berlangsung dari 4 hingga 7 Disember ini di Waterfront Bintulu, dengan pelbagai perlumbaan perahu tradisional dan aktiviti sukan air yang dijangka menarik kehadiran masyarakat setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Sembang Santai PDRM dekati komuniti rumah panjang di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.