Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lori muatan berlebihan punca kerosakan jalan raya di Sarawak – Wilfred Yap
  • TEMPATAN

Lori muatan berlebihan punca kerosakan jalan raya di Sarawak – Wilfred Yap

Utusan Sarawak 5 hours ago
WILFRED Yap gesa tindakan penguatkuasaan lebih tegas terhadap kesalahan lori.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap menegaskan bahawa isu utama kerosakan jalan raya bukanlah soal penguatkuasaan semata-mata, tetapi masalah lama melibatkan kegiatan muatan berlebihan yang menimbulkan risiko keselamatan serius.

Beliau berkata kegiatan tersebut turut menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur jalan di Sarawak, sehingga menelan kos berjuta-juta ringgit bagi kerja-kerja pembaikan berulang.

Yap mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang menggesa semakan harga kontrak susulan penguatkuasaan lebih ketat terhadap kenderaan komersial yang membawa muatan berlebihan.

“Salah tetap salah. Muatan berlebihan adalah perbuatan menyalahi undang-undang dan berbahaya. Ia telah membebankan pembayar cukai selama bertahun-tahun, dan penguatkuasaan lebih tegas adalah dasar yang tepat. Tiada naratif politik harus dijadikan alasan untuk menghalalkan ketidakpatuhan yang berlaku sekian lama,” katanya.

Yap menjelaskan bahawa usaha penguatkuasaan yang sedang berjalan bukanlah tindakan mengejut, sebaliknya merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional yang dipimpin oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang berulang kali menegaskan bahawa penguatkuasaan akan diteruskan dan keselamatan jalan raya tidak boleh dikompromi.

Oleh itu, tidak konsisten bagi DAP Sarawak mengkritik kesan penguatkuasaan sedangkan penguatkuasaan itu sendiri diarahkan Menteri daripada DAP.

Yap menarik perhatian bahawa Kementerian Pengangkutan turut menegaskan secara terbuka bahawa isu muatan berlebihan telah berlarutan sejak sekian lama dan tindakan tegas perlu diambil untuk melindungi para pengguna jalan raya.

Tindakan Chong yang menggesa semakan harga kontrak dibuat dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tanggungjawab daripada amalan salah yang telah berlaku selama bertahun-tahun.

Peningkatan kos pengangkutan hari ini, kesan apabila para pengusaha akhirnya mematuhi undang-undang. Ini bukan kelemahan dasar, tetapi pembetulan terhadap kesalahan lampau.

Yap turut mempersoalkan mengapa Chong hanya mendesak kerajaan menyemak harga kontrak. Jika benar peningkatan kos pengangkutan menjadi beban sejagat, mengapa beliau tidak mencadangkan supaya sektor swasta turut menyemak dan menaikkan kadar pengangkutan yang dipersetujui? Mengapa pembayar cukai sahaja yang perlu menanggung beban?

Yap menegaskan bahawa para kontraktor tidak sepatutnya mengharapkan rakyat menanggung kenaikan kos yang berpunca daripada amalan muatan berlebihan selama bertahun-tahun. Namun, kes kesusahan sebenar boleh dipertimbangkan melalui saluran sewajarnya.

“Sebarang kesan sah mesti disokong bukti, pengesahan dan prosedur kewangan bukan pelarasan secara menyeluruh atau tekanan bermotif politik,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy, PUNB dan UOB meterai MoU perkasa vendor
Next: Perpisahan terakhir Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng, ibu di sebalik seorang pemimpin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.