Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Kehidupan di sebalik stereng: Cabaran pemandu lori di Sarawak
  • RENCANA

Kehidupan di sebalik stereng: Cabaran pemandu lori di Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
MICHAEL Kong ketika ditermuramah oleh Utusan Sarawak.

RAMAI pengguna jalan raya menganggap pemandu lori sebagai ‘Raja Jalan Raya’, menguasai lebuh raya dan jalan raya di bandar dengan yakin.

Namun, di sebalik itu terselit realiti yang mencabar, jam kerja panjang, jadual ketat, keletihan, dan gaji yang sederhana.

Kehidupan pemandu lori sebenarnya bukanlah seperti ‘raja jalan raya’, sebaliknya dipenuhi cabaran, tekanan, dan ketidakpastian.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Michael Kong, berkata tuduhan bahawa pemandu lori bersikap seperti Raja Jalan Raya tidak mencerminkan realiti sebenar.

Katanya, kebanyakan pemandu sekadar mencari rezeki halal dan mengelak masalah undang-undang.

Menurut Kong, sebahagian isu berpunca daripada penguatkuasaan ketat had berat bagi lori pengangkut berat dan lori pengadun simen di Sarawak.

Katanya, jika dilaksanakan secara tiba-tiba tanpa semakan, ia boleh melumpuhkan industri dan menjejaskan pendapatan pengusaha serta pemandu.

“Had berat bagi lori pengangkut berat dan lori pengadun simen di Sarawak jauh lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia. Akibat sekatan ini, pasir, batu kerikil, dan tanah yang boleh diangkut kurang daripada separuh kapasiti tong asal,” katanya.

Jelasnya, selama beberapa dekad, ramai lori pengangkut berat diubahsuai dengan meninggikan tong bagi membolehkan lebih banyak muatan.

MESYUARAT LPKP dengan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii, mengenai hal ehwal dasar.

“Walaupun melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987, pengusaha berasa terpaksa berbuat demikian untuk terus bersaing.

“Amalan ini telah berlaku secara terbuka lebih 20 tahun. Jika penguatkuasaan ketat dilakukan tiba-tiba, semua lori pengangkut berat di Sarawak terpaksa berhenti beroperasi, risiko harian yang dihadapi pemandu lori,” katanya.

Kong juga menekankan kepentingan keselamatan awam, dengan menyatakan bahawa penekanan Kementerian Pengangkutan terhadap lebihan muatan mencerminkan kebimbangan lama, kerana kenderaan berat bukan sahaja boleh merosakkan infrastruktur tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya.

MESYUARAT dengan pemandu teksi Sibu.

Beliau berkata prosedur bagi pengusaha memohon kenaikan had berat sedang disiapkan, mengikut jenis jalan dan spesifikasi kenderaan.

Mesyuarat baru-baru ini diadakan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, LPKP Sarawak, dan wakil industri menegaskan bahawa pengusaha mesti mematuhi had berat yang tercatat dalam sijil pendaftaran kenderaan, sementara industri perlu bergerak maju bersama bagi memastikan operasi yang cekap dan selamat.

Mesyuarat baru-baru ini melibatkan JPJ Sarawak, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, dan wakil industri menegaskan pengusaha mesti mematuhi had berat dalam sijil pendaftaran kenderaan, dan industri perlu bergerak maju bersama untuk operasi yang cekap serta selamat.

Daripada kajian dan data kemalangan, beberapa kemalangan serius serta kerosakan jalan berlaku akibat kenderaan melebihi had berat.

Lebihan muatan bukan sahaja membahayakan nyawa, tetapi juga memendekkan jangka hayat jalan dan jambatan. Namun, banyak sekatan berat semasa sebenarnya lebih rendah daripada kapasiti sebenar jalan.

Bagi menangani isu ini, LPKP Sarawak bekerjasama dengan JPJ Sarawak dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyemak dan meningkatkan had berat di kawasan sesuai, khususnya di Lebuh Raya Pan Borneo yang dikategorikan sebagai jalan Gred Satu.

Pendekatan ini memastikan peraturan berkembang secara bertanggungjawab, menyokong pertumbuhan ekonomi dan keselamatan jalan raya.

Kong berharap dengan kelulusan JPJ, penyesuaian ini dapat dilaksanakan lancar menjelang tahun hadapan. Beliau menegaskan perbezaan antara menaikkan had berat melalui peraturan sah dan melebihi had secara haram.

Yang pertama melibatkan semakan struktur, penilaian kejuruteraan, dan perundingan dengan pihak berkuasa, manakala yang kedua adalah kesalahan jelas di bawah undang-undang.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Hutan walnut semula jadi terbesar dunia semakin menipis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.