Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes penagihan, penyalahgunaan dadah catat penurunan 7.9 peratus
  • NASIONAL

Kes penagihan, penyalahgunaan dadah catat penurunan 7.9 peratus

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh beramah mesra bersama para wakil media yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah AADK Bersama Media 2025 hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kes penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan di seluruh negara merekodkan penurunan sebanyak 7.9 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh, berkata sebanyak 156,316 kes direkodkan bagi tempoh berkenaan tahun ini, berbanding 169,691 kes bagi tempoh sama pada 2024.

“Daripada jumlah itu, 83.2 peratus atau 76,467 individu terlibat dengan dadah jenis sintetik, khususnya syabu, dengan majoriti berusia antara 15 hingga 39 tahun.

“Penagihan dadah sintetik turut melibatkan ‘mushroom’ atau ganja sintetik, pil kuda (yaba), ekstasi dan ketamin, yang lebih mudah diperoleh dan memberikan kesan lebih cepat berbanding dadah tradisional seperti heroin dan ganja,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Ketua Pengarah AADK Bersama Media di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Ruslin berkata fokus utama AADK tahun ini adalah melaksanakan amanah bagi menjayakan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang diluluskan di Parlimen pada Oktober 2024.

Pindaan itu bertujuan membezakan tafsiran antara penagih dadah atau bahan dengan penyalahgunaan dadah atau bahan, selain meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada penagih serta memberi kuasa kepada Pegawai Pemulihan untuk membuat perakuan terhadap klien bagi tujuan rawatan dan pemulihan dadah secara sukarela di AADK.

“Kita mahu masyarakat sedar bahawa mereka yang terjebak boleh hadir secara sukarela untuk mendapatkan rawatan. Setakat ini, kehadiran sukarela masih rendah berbanding mereka yang hadir melalui perintah mahkamah,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Hanya premis capai standard tandas bersih, layak dapat lesen PBT – Nga
Next: Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri hingga 4.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.