Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Gara-gara merokok di tempat makan, halang penjawat awam, lelaki di Saratok kena denda RM1,000
  • MAHKAMAH

Gara-gara merokok di tempat makan, halang penjawat awam, lelaki di Saratok kena denda RM1,000

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

SARATOK: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Saratok hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas setelah didapati merokok di tempat makan.

Majistret Nurul Intan Fareena Zainal Abidin menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara lima bulan terhadap tertuduh setelah dia mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dibenarkan bebas setelah membayar denda yang telah ditetapkan oleh mahkamah. 

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku pada 19 Oktober lalu, sekitar 10.23 pagi di sebuah kedai makan Happy Food & Drink Centre Roban, Pekan Roban. 

Ketika itu, sepasukan penguatkuasa yang terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Saratok sedang menjalankan operasi di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (AKTA 852).

Tertuduh dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(2), Jadual Pertama, Perenggan 3, No.4, iaitu merokok di kawasan larangan tempat makan.

Namun, apabila diminta memberikan butiran diri bagi tujuan pengeluaran Notis Kompaun, tertuduh enggan memberikan maklumat peribadi seperti kad pengenalan dan kemudiannya melarikan diri daripada pasukan penguatkuasa.

Insiden tersebut telah dirakam melalui kamera badan yang digunakan oleh salah seorang pegawai penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Daerah Saratok.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Saratok pada 20 Oktober lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Saratok, Inspektor Henry Muji.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farhan Mohd Pauzi. 

Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan Pejabat Kesihatan Daerah Saratok ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas rasmi. 

Orang ramai dinasihatkan agar memberi kerjasama sepenuhnya semasa operasi dijalankan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti terpelihara.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Disember dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.