Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dakwaan ‘tiadanya pembangunan’ di Ulu Oya tidak berasas – Kaunselor Henry Kanyan
  • Tengah
  • WILAYAH

Dakwaan ‘tiadanya pembangunan’ di Ulu Oya tidak berasas – Kaunselor Henry Kanyan

Utusan Sarawak 5 hours ago
AHLI MDLBS…..Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing.

SIBU: Dakwaan bahawa ‘tiadanya pembangunan’ di kawasan Ulu Oya adalah tidak berasas dan berpotensi menjejaskan persepsi penduduk luar bandar.

Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) (bagi kawasan Sekuau dan Ulu Oya), Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai projek menaik taraf infrastruktur di kawasan berkenaan.

“Kerajaan negeri sebenarnya telah menyalurkan pelbagai bentuk pembangunan dan kemudahan yang memberi manfaat terus kepada penduduk.

“Antara projek yang dilaksanakan termasuk menaik taraf jalan raya bernilai RM500,000 serta penyediaan kemudahan Wi-Fi untuk rumah panjang, meskipun capaian internet di luar bandar tidak setanding kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan seorang tuai rumah dari Ulu Oya yang tular di media sosial baru-baru ini, mendakwa kawasan itu tidak menerima sebarang pembangunan.

Henry memberitahu, kerajaan turut merancang pembangunan lain seperti pembinaan tadika yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, selain projek MRP yang telah disalurkan untuk kegunaan rumah panjang terbabit.

“Kedua-dua wakil rakyat di kawasan terbabit (Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tamin, Christopher Gira Sambang) sentiasa turun padang untuk meninjau keperluan penduduk luar bandar termasuk rumah panjang tersebut.

“Dakwaan kononnya tiada pembangunan adalah tidak berasas kerana kerajaan melaksanakan projek mengikut fasa, mengambil kira geografi Ulu Oya dan keluasan DUN Tamin yang sangat luas.

“Kita melaksanakan projek pembinaan jalan secara berperingkat. Peruntukan kerajaan pula perlu dibahagikan secara adil kepada semua kawasan dalam DUN Tamin,” jelasnya.

Menurutnya, kawasan Ulu Oya termasuk rumah panjang terbabit turut menerima projek RTP dan MRP, manakala agensi seperti MDLBS, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta pihak berkuasa tempatan telah diarahkan membantu mempercepatkan pembangunan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ketua masyarakat agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan tanpa maklumat yang tepat kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif serta menjejaskan imej para pemimpin yang telah berusaha membangunkan kawasan tersebut.

“Maklumat yang tidak tepat boleh mengelirukan rakyat. Ini bukan amalan yang baik bagi seorang ketua masyarakat yang seharusnya menjadi tulang belakang kerajaan dalam merealisasikan agenda pembangunan luar bandar,” katanya lagi.

Beliau berharap semua pihak memahami situasi sebenar di lapangan dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak tepat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat melanda Rumah Panjang Pakut, paras air mula menurun
Next: Projek seni terus perkasa kreativiti belia luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.