Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Statistik jenayah Daerah Meradong menurun 28 peratus
  • Tengah
  • WILAYAH

Statistik jenayah Daerah Meradong menurun 28 peratus

Utusan Sarawak 5 hours ago
AMANAT…..KPD Meradong, DSP Tansli Mering berucap pada majlis perhimpunan bulanan IPD Meradong bagi November 205 dan lafaz ikrar rukun negara, semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Statistik jenayah bagi tempoh 10 bulan pertama 2025 mencatatkan pengurangan 28 peratus, sekali gus membuktikan peningkatan keberkesanan kawalan keselamatan dan usaha pencegahan jenayah di Daerah Meradong. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata data menunjukkan keseluruhan kes menurun daripada 65 kes pada 2024 kepada 47 kes pada 2025, melibatkan pengurangan ketara bagi jenayah harta benda dari 59 kes kepada 38 kes. 

“Jenayah kekerasan mencatat sedikit peningkatan daripada enam kes pada 2024 kepada sembilan kes pada tahun ini. 

“Bagi indeks jenayah harta benda sebanyak 59 kes pada 2024 kepada 38 kes pada 2025,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong bagi November 2025 dan lafaz ikrar rukun negara, semalam. 

RUKUN NEGARA….Lafaz ikrar rukun negara diketuai oleh Inspektor Rahmat Safei. Foto IPD Meradong

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan amanat kepada seluruh warga IPD Meradong dengan menekankan kepentingan integriti, disiplin dan semangat berkhidmat kepada masyarakat.

Selain itu, Tansli juga menyerahkan sijil penghargaan Pingat Jasa Pahlawan Negara PJPN (KDN) kepada dua pesara polis iaitu Sarjan Mejar (Bersara) Martin Saran Mering dan Sarjan (Bersara) Seliman @ Sulaiman Rosedi.

TERIMA KASIH…..DSP Tansli Mering menyerahkan sijil penghargaan kepada Anidah Issa. Foto IPD Meradong

Sijil penghargaan turut disampaikan oleh beliau kepada Roslan Mohd Nur Ariffin, Dipa Sanabong, Daud Anuari dan Anidah Issa atas sumbangan dan komitmen kepada pihak polis semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas serta orang hilang di Sungai Kawi dan Kampung Penasu Bintangor.

Pada masa sama, beliau juga menyerahkan sijil penghargaan kepada Inspektor Arnold Lee Mayok, Sarjan Nur Hazahri Nurudin, Koperal Bennet Bujat dan Koperal Spencer Gabriel atas sumbangan dan komitmen cemerlang dalam tugas.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program madu kelulut perkasa ahli BAKAT tingkat ekonomi keluarga ATM
Next: Banjir kilat melanda Lorong Penyau 3 setiap kali hujan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.