Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Go Green Heroes MDLA 2025 semarak kesedaran alam sekitar di SK Nanga Tibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Go Green Heroes MDLA 2025 semarak kesedaran alam sekitar di SK Nanga Tibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
 PENGANJURAN Program Go Green Heroes MDLA 2025 yang berlangsung selama dua hari di SK Nanga Tibu, Lubok Antu. Foto: MDLA 

LUBOK ANTU: Program Go Green Heroes anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) 2025 melabuhkan tirai dengan penuh meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tibu.

Lebih 200 peserta, termasuk murid, guru, pentadbir sekolah, pengusaha kantin serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), menyertai inisiatif dua hari itu.

Program tersebut turut mendapat sokongan komuniti daripada empat rumah panjang berhampiran iaitu Nanga Spaya, Rantau Kemayau Manis, Nanga Ukom dan Nanga Stamang, selain kehadiran Ahli-Ahli Majlis MDLA dan Pejabat Daerah Lubok Antu yang bersama memberi fokus kepada pemerkasaan komuniti dan amalan kelestarian di kawasan luar bandar.

Majlis penutupan dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, yang menegaskan kepentingan menjadikan amalan 3R (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula) sebagai budaya hidup komuniti luar bandar.

Beliau turut memuji kolaborasi kukuh antara agensi seperti Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Betong, Sarawak Energy Berhad, Batang Ai Power Generation Sdn. Bhd., serta Kelab Pencinta Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili.

Hari pertama menyaksikan aktiviti kitar semula MBKS menghasilkan 96 unit bekas pensel DIY daripada botol 500ml. BBP Betong pula menarik perhatian dengan demonstrasi pemadaman api, keselamatan dapur, kuiz kebakaran dan keselamatan air yang mendapat sambutan hangat warga sekolah.

NREB Betong turut mengendalikan ceramah dan permainan alam sekitar, manakala peserta didedahkan kepada penjagaan lubang sampah serta melawat kebun buah dan sayur sekolah.

Hari kedua diteruskan dengan bengkel kompos menggunakan kaedah Takakura oleh MBKS, memberi pendedahan praktikal kepada penghasilan baja organik untuk kebun sekolah.

Program itu turut menerima pelbagai sumbangan termasuk 20 pokok buah-buahan daripada Sarawak Energy, tiga alat pemadam api daripada Jasa Semanju Enterprise serta 41 kilogram baja kompos organik Biomat daripada MBKS.

Perpustakaan Awam Lubok Antu juga berjaya mendaftarkan 61 ahli baharu dalam kalangan murid prasekolah serta tahap satu dan dua.

Dalam ucapan yang dibacakan Pegawai Tadbir Khas Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan, Jack Meredan, Malcolm merakamkan penghargaan kepada MDLA dan SK Nanga Tibu atas penganjuran edisi keenam Go Green Heroes, serta menyatakan harapan agar program itu terus menjadi pemangkin inovasi amalan hijau dalam komuniti.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Perarakan Krismas satukan gereja dan komuniti di Kota Sentosa pada 29 November ini
Next: IPD Betong laksana Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan PERKEP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.