Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Peletakan jawatan tujuh guru dedah cabaran program Pengambilan Khas Sarawak
  • PENDIDIKAN

Peletakan jawatan tujuh guru dedah cabaran program Pengambilan Khas Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
Presiden Persatuan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Dato Jonathan Chai Voon Tok.

KUCHING: Presiden Persatuan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Dato Jonathan Chai Voon Tok, menyifatkan peletakan jawatan tujuh guru di bawah inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak sebagai gambaran cabaran berterusan dalam usaha mengekalkan tenaga pengajar di negeri ini.

Beliau berkata, ketidakhadiran 51 calon lain turut menunjukkan betapa seriusnya isu kekurangan guru dan keperluan mencari pendekatan lebih berkesan bagi memastikan kelestarian tenaga pengajar di Sarawak.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Sarawak telah mengakui bahawa isu pengekalan guru, khususnya di kawasan kritikal, merupakan keutamaan yang perlu ditangani segera.

“Walaupun kami menghormati keputusan individu para guru tersebut, perkembangan ini menyerlahkan cabaran untuk memastikan sekolah di Sarawak mempunyai tenaga pengajar yang konsisten dan komited,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Beliau menegaskan program Pengambilan Khas Guru Sarawak kekal sebagai usaha penting untuk menyelesaikan isu kekurangan guru, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Justeru, beliau mencadangkan agar proses pelaksanaan program diteliti semula dengan memberi fokus kepada beberapa aspek utama termasuk penyediaan sokongan dan insentif yang sesuai bagi menggalakkan guru kekal di sekolah masing-masing.

“Keperluan komunikasi yang lebih jelas serta padanan penempatan yang lebih baik perlu dilaksanakan agar dapat memenuhi keperluan guru dan sekolah.

“Langkah-langkah juga perlu diambil bagi meminimumkan kadar keluar dan meningkatkan keberkesanan program,” jelasnya.

Walaupun terdapat kes peletakan jawatan dan ketidakhadiran, beliau menegaskan bahawa jumlah tersebut masih kecil berbanding jumlah keseluruhan pengambilan.

Beliau turut yakin Jabatan Pendidikan Negeri akan terus komited dalam memastikan pendidikan berkualiti untuk semua murid di Sarawak.

Tambah beliau, kerjasama rapat antara semua pemegang taruh perlu diperkukuh bagi mempertingkat strategi pengambilan dan pengekalan guru pada masa akan datang.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli, berkata selain tujuh guru yang meletak jawatan, seramai 51 calon lain tidak melapor diri.

“Antara faktor utama calon yang tidak melapor diri atau meletak jawatan ialah telah ditawarkan pekerjaan lain, menolak penempatan, dan masalah peribadi.” jelasnya seperti dilaporkan akhbar nasional.

Sehingga November 2025, Sarawak telah menerima 1,219 guru melalui inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak, yang bertujuan menangani kekurangan tenaga pengajar, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KIK PowerPioneers IPGKTAR raih pelbagai anugerah inovasi dan penyelidikan
Next: Biar pelajar pilih bidang pengajian mereka, kata George Lam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.