Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir takziah kepada keluarga Datuk Amar Dr. Sim
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir takziah kepada keluarga Datuk Amar Dr. Sim

Utusan Sarawak 5 hours ago
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini telah mengunjungi ke kediaman Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, di Kenyalang Park. Foto: Astana Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini telah mengunjungi ke kediaman Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, di Kenyalang Park.

Kehadiran Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah pada 11.15 pagi adalah bagi menzahirkan ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir atas pemergian ibu kepada Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut dengan penuh hiba dan hormat oleh Datuk Amar Prof. Dr. Sim, isteri beliau Dato Enn Ong Siok Ean, adik beliau Sim Kui Lian, serta anak-anak, Eason dan Simson, bersama ahli keluarga terdekat.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa bersama keluarga mendiang bagi menyampaikan ucapan takziah secara peribadi, selain memberi kata-kata semangat kepada Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan ahli keluarga yang sedang melalui saat kesedihan.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mendoakan agar Datuk Amar Prof. Dr. Sim sekeluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan besar ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi adakan Perjumpaan Pramajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama Abang Johari
Next: Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar kekal Speaker DUN Sarawak bagi penggal kesepuluh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.