Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi adakan Perjumpaan Pramajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama Abang Johari
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi adakan Perjumpaan Pramajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama Abang Johari

Utusan Sarawak 5 hours ago
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah mengadakan Perjumpaan Pramajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri, hari ini. Foto: Astana Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah mengadakan Perjumpaan Pramajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri, hari ini.

Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu diadakan sebagai sesi persediaan menjelang Mesyuarat Kabinet Negeri.

Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Sarawak, Abang Johari telah membentangkan beberapa perkara penting untuk makluman serta pertimbangan Tun Wan Junaidi selaku Yang di-Pertua Negeri.

Tun Wan Junaidi turut mengambil kesempatan menyampaikan pandangan dan penekanan beliau mengenai beberapa perkara dasar kepada Abang Johari dalam suasana yang harmoni dan penuh profesionalisme.

Tun Wan Junaidi menzahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Abang Johari, Sarawak akan terus melangkah maju melalui pelbagai inisiatif strategik yang berfokus kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan berkualiti dan kemakmuran wilayah secara menyeluruh.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak tekad bangunkan perladangan hutan pintar, lestari dan tahan iklim
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah zahir takziah kepada keluarga Datuk Amar Dr. Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.