Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak mantapkan penyelidikan hutan, teraju usaha global ke arah sifar karbon
  • TEMPATAN

Sarawak mantapkan penyelidikan hutan, teraju usaha global ke arah sifar karbon

Utusan Sarawak 9 hours ago
JELASKAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Ladang Hutan 2025 (ICFPRI25) di sebuah hotel terkemuka malam tadi. 

KUCHING: Sarawak menegaskan kedudukannya sebagai pemain utama dalam agenda iklim dunia dengan memperkukuh penyelidikan perhutanan bagi menyokong sasaran sifar karbon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2050.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa landskap ekonomi global yang semakin beralih kepada ekonomi rendah karbon meletakkan Sarawak pada posisi strategik untuk memimpin usaha mitigasi perubahan iklim.

Abang Johari berkata, tuntutan dunia masa kini memerlukan Sarawak merombak pendekatan pengurusan hutan secara lebih saintifik, termasuk memperkaya hutan sedia ada dengan penanaman pokok pelbagai spesies menggunakan teknologi terkini.

RASMIKAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyempurnakan simbolik pelancaran Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Ladang Hutan 2025 (ICFPRI25). 

“Hutan semula jadi ada, tapi ia perlu diperkaya. Sains membolehkan kita mempercepatkan proses penanaman, memperluas kawasan penyimpanan karbon dan dalam masa sama meningkatkan penghasilan oksigen,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Ladang Hutan 2025 (ICFPRI25) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi. 

Menurut Abang Johari, hutan hari ini bukan lagi sekadar sumber bahan binaan, malah merupakan komponen ekonomi baharu dalam perdagangan karbon global, satu ‘formula dunia’ untuk mengurus krisis iklim.

Selari dengan itu, kerajaan negeri sedang memperhebat agenda ekonomi hijau berasaskan pemulihan biodiversiti, penyerapan karbon dan perlindungan ekosistem purba Sarawak.

“Saya mahu para saintis tampil dengan lebih banyak kaedah untuk memperkayakan kawasan penyimpanan karbon, meningkatkan oksigen dan memulihkan hutan, terutama di zon tropika yang mempunyai kelebihan cahaya matahari dan air. 

“Kita mahu Sarawak menjadi sebahagian daripada solusi global,” tegasnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ASEZ WAO jayakan aktiviti pembersihan di Taman Flora Indah
Next: Diwali peringkat negeri ‘Sarawak Bersinar’ tonjol keharmonian kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.