Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditangkap, terlibat penipuan pembelian dalam talian e-dagang di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditangkap, terlibat penipuan pembelian dalam talian e-dagang di Lubok Antu

Utusan Sarawak 8 hours ago
LELAKI tempatan fitahan polis hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pembelian dalam talian (e-dagang). Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Lelaki tempatan berumur lewat 20an dari Jalan Batu Kaya, Lubok Antu ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu yang diketuai Inspektor Muhammad Asyraf Azmi kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan pembelian dalam talian e-dagang.

Kes penipuan tersebut dilaporkan berlaku di Klang Utara, Selangor, petang tadi, dengan kerugian dianggarkan lebih kurang RM8,000. 

Mangsa didakwa telah menjadi sasaran sindiket yang menggunakan platform e-dagang bagi menipu pembeli.

Suspek dipercayai berperanan sebagai ‘keldai akaun’, iaitu individu yang membenarkan akaun banknya digunakan oleh sindiket untuk menerima wang hasil kegiatan jenayah. 

Aktiviti ini membolehkan penjenayah menyalurkan wang secara haram tanpa mendedahkan identiti sebenar mereka.

IPD Lubok Antu menasihati orang ramai agar tidak menyerahkan akaun bank, kad ATM atau maklumat perbankan kepada mana-mana pihak atas apa jua alasan, kerana ia boleh dieksploitasi untuk tujuan penipuan. 

Polis turut menegaskan bahawa tindakan pencegahan adalah langkah penting bagi melindungi diri dan harta daripada sindiket jenayah siber.

Individu yang bertindak sebagai keldai akaun boleh didakwa di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum RM100,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

IPD Lubok Antu berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan penipuan seumpama ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penipuan e-dagang ini digalakkan untuk menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan berjalan lancar dan memastikan pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga asing ditahan miliki syabu bernilai RM14,720 di Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.