Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak tekad bangunkan perladangan hutan pintar, lestari dan tahan iklim
  • SEMASA

Sarawak tekad bangunkan perladangan hutan pintar, lestari dan tahan iklim

Utusan Sarawak 14 hours ago
GIMIK Perasmian Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Perladangan Hutan 2025 (ICFPRI 2025) disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sebuah hotel terkemuka, Kuching, malam ini.

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh agenda perladangan hutan pintar dan berdaya tahan sebagai usaha memastikan bekalan kayu mampan serta menjana peluang baharu melalui karbon hutan.

Menurut Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, sejak program perladangan hutan industri dilancarkan pada 1997, Sarawak telah mengeluarkan 50 Lesen Perladangan Hutan.

“Ini meliputi 1.9 juta hektar, dengan lebih 618,608 hektar sudah ditanam menggunakan spesies pertumbuhan cepat seperti Acacia, Falcataria dan Eucalyptus.

“Ancaman penyakit seperti Ceratocystis menunjukkan perlunya kepelbagaian spesies bagi memastikan daya tahan jangka panjang perladangan hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Perladangan Hutan 2025 (ICFPRI 2025) yang dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

PENGARAH Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, menyampaikan ucapan aluan pada Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Perladangan Hutan 2025 (ICFPRI 2025), di sebuah hotel terkemuka, Kuching, malam ini.

Beliau menambah bahawa Sarawak turut memanfaatkan potensi karbon hutan sebagai sumber hasil baharu melalui Peraturan Aktiviti Karbon Hutan 2022, dengan hasrat menjana kredit karbon untuk manfaat ekonomi dan iklim.

“Persidangan tersebut bertujuan mempromosikan penyelidikan, membuka rangkaian kerjasama dan membincangkan isu seperti ketahanan iklim, pemilihan spesies serta peningkatan produktiviti.

“Masa depan perladangan hutan memerlukan penggunaan teknologi pintar seperti genetik termaju, perhutanan tepat dan digitalisasi bagi meningkatkan hasil tanpa menjejaskan ekosistem,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa ketahanan perladangan bukan sahaja bergantung kepada teknologi, tetapi juga kerjasama erat antara kerajaan, industri, penyelidik dan komuniti.

Persidangan dua hari itu menghimpunkan 27 penceramah antarabangsa dari 10 negara, selain membentangkan 24 kertas lisan dan 30 poster mengenai perladangan lestari, bioteknologi pokok, biosekuriti, teknologi digital, penderiaan jauh dan inovasi produk kayu.

Dua tokoh perhutanan antarabangsa turut dijemput sebagai penceramah utama, iaitu Dr Nguyen Duc Kien dari Vietnam dan Prof Dr Keith Little dari Afrika Selatan.

Persidangan tersebut bakal diakhiri dengan lawatan pasca acara ke Kampung Budaya Sarawak bagi memperkenalkan kepelbagaian budaya dan warisan negeri kepada peserta antarabangsa.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Deputy Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian’s mother passes away at age 83

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.