Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penjelasan PM guna pesawat sewa khas ke Afrika
  • NASIONAL

Penjelasan PM guna pesawat sewa khas ke Afrika

Utusan Sarawak 12 hours ago

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah

PUTRAJAYA: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara di benua Afrika bermula esok, akan menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines bagi menjimatkan masa dan kos.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata keputusan itu dibuat, kerana delegasi rasmi dan rombongan perniagaan yang menyertai misi berkenaan mempunyai jadual padat sepanjang lawatan rasmi ke Ethiopia dan Kenya serta lawatan kerja ke Afrika Selatan dari 18 hingga 24 Nov, tanpa ruang transit. 

Beliau menjelaskan bahawa penggunaan pesawat sewaan khas turut membolehkan kapasiti yang lebih besar bagi membawa delegasi tambahan dalam lawatan ketiga-tiga negara tersebut.

“Kalau kita menggunakan penerbangan  eksekutif kerajaan, perjalanan mengambil masa 13 jam dan kapasiti pesawat itu juga terhad.

“Dengan pesawat sewaan khas, masa perjalanan dapat dikurangkan dan kosnya juga terkawal. Kos menyewa pesawat khas ini juga lebih ekonomik berbanding operasi penuh pesawat kerajaan,” katanya pada sesi taklimat bersama media di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Tunku Nashrul berkata langkah tersebut juga akan memudahkan penyelarasan pergerakan antara delegasi kerajaan dan perniagaan di ketiga-tiga negara itu.

“Ini memudahkan kita untuk membuat perancangan di ketiga-tiga lokasi dan menjamin kehadiran yang tepat untuk dalam semua masyarakat dan libat urus yang akan diadakan,” katanya.

Beliau juga menegaskan kos penglibatan delegasi perniagaan tidak akan ditanggung kerajaan, sebaliknya akan dibayar sendiri oleh syarikat-syarikat yang terlibat.

“Kerajaan menanggung sepenuhnya kos delegasi rasmi kerajaan dan delegasi perniagaan pula menanggung sendiri kos mereka,” katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Ethiopia pada 18 hingga 20 Nov, diikuti lawatan kerja ke Afrika Selatan untuk menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin G20 sebagai pengerusi ASEAN pada 20 hingga 23 Nov.

Beliau kemudiannya akan mengadakan lawatan rasmi ke Kenya pada 23 hingga 24 Nov sebelum dijangka tiba di tanah air pada 25 Nov. 

Delegasi tersebut akan disertai syarikat yang dipilih Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri bagi meneroka peluang baharu dan memperluas pasaran antaranya Khazanah Nasional Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan DRB-HICOM Bhd.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: ASGG Gluta Glow Gummies dilarang dijual, dikesan mengandungi Glutathione

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.