Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam ditahan, 24.86 gram syabu dirampas dalam serbuan polis di Roban
  • JENAYAH

Enam ditahan, 24.86 gram syabu dirampas dalam serbuan polis di Roban

Utusan Sarawak 11 hours ago
Polis menahan enam suspek berusia antara 15 hingga 45 tahun, termasuk seorang pekerja ladang sawit, manakala selebihnya penganggur di Roban, semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Polis berjaya menahan enam individu termasuk seorang wanita serta merampas dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 24.86 gram bernilai RM2,734.60 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Roban, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Sarawak selepas menerima maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan tersebut.

“Dalam serbuan itu, polis menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 15 hingga 45 tahun. 

“Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah beg yang mengandungi satu paket plastik lutsinar bersaiz besar dan satu paket plastik lutsinar bersaiz kecil berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mathew berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati empat daripada mereka positif amphetamine dan methamphetamine, manakala dua lagi negatif. Beberapa suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati salah seorang suspek lelaki mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan Roban dan Saratok sejak 2023 serta memperoleh bekalan daripada seorang lelaki tempatan di Kabong.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah,” katanya.

Mathew menegaskan bahawa pihak polis akan terus mempergiatkan tindakan membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah tersebut, terutama melibatkan rangkaian yang cuba merekrut golongan muda.

Beliau turut menggesa masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah bagi membantu usaha memelihara keselamatan dan kesejahteraan setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Lawas tahan warga asing, dua lelaki tempatan positif dadah
Next: JKDM Sibu sita 8.33 juta rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai RM6.32 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.