Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokongan kerajaan buka peluang rakyat menuju ekonomi baru
  • TEMPATAN

Sokongan kerajaan buka peluang rakyat menuju ekonomi baru

Utusan Sarawak 12 hours ago
KERANG LAWAS… Awang Tengah bersama Morliah menunjukkan bakat memasak bersama Cef Mulok dan Henry Sum Agong.

LAWAS: Kerajaan Sarawak melalui pelbagai jabatan dan agensi telah menyediakan sokongan dan peluang yang penting supaya rakyat boleh membangunkan kemahiran, perniagaan dan pendapatan mereka dengan lebih baik.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menegaskan bahawa rakyat tempatan perlu merebut peluang yang telah dirintis kerajaan untuk bergerak ke arah ekonomi baru yang lebih mencabar, termasuk ekonomi digital.

“Kita sudah meletakkan asas untuk ekonomi baru, digital ekonomi dan kolaborasi. Kini tinggal usaha kita sendiri. Kita sudah merasai pahit maung kemiskinan dan tidak mahu generasi akan datang menghadapinya. Semangat inilah yang kami harapkan lahir daripada karnival seperti ini,” katanya.

SAMBUTAN MERIAH… Awang Tengah bersama kenamaan yang hadir memeriahkan Karnival Usahawan Lawas 2025, dihadiri lebih 800 peserta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Usahawan Lawas 2025 di Dewan Stadium Tertutup di sini, semalam.

Beliau menekankan bahawa kejayaan memerlukan penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan kerjasama antara agensi serta kementerian, bukan hanya bergantung kepada satu pihak sahaja.

Sejak 2021 hingga September lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan telah melaksanakan lebih 500 program pembangunan kapasiti dan akses pasaran yang memberi manfaat kepada lebih 45,000 usahawan di seluruh Sarawak.

RAKAN STRATEGIK… Awang Tengah menyaksikan penyerahan replika cek daripada Pengarah Agro Bank Wilayah Sarawak, Abdul Halek, kepada wakil 158 peserta Skim Kredit Mikro berjumlah lebih RM4 juta.

Pelbagai bantuan turut disediakan termasuk Program Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Go Digital, Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS), Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) dan banyak lagi. Semua inisiatif ini bertujuan menyediakan asas kukuh kepada usahawan muda untuk berjaya serta menutup pintu kemiskinan di seluruh negeri.

Hadir sama Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Sri Mohd Naroden Majais, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Tetap Kementerian Dzulkornain Masron, Setiausaha Politik kepada Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang Unus Hj Tambi dan kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Meradong 2025 angkat perpaduan, rancakkan ekonomi dan pelancongan tempatan
Next: Sarawak perkukuh kedudukan dalam fesyen lestari di pentas antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.