Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Eksklusif: ‘Ini untuk Malaysia’, ucapan syukur Sweet Qismina menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • HIBURAN

Eksklusif: ‘Ini untuk Malaysia’, ucapan syukur Sweet Qismina menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Utusan Sarawak 8 hours ago
TAHNIAH… Sweet Qismina apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Malam Gala Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 semalam. Foto Jabatan Penerangan

KUCHING: Malam Gala Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 bukan sekadar pentas meraikan karya hebat Asia Tenggara, tetapi turut menjadi detik paling bermakna dalam hidup pelakon muda, Sweet Qismina apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Sweet yang hadir ditemani ibunya mengucapkan terima kasih kepada pihak AIFFA, barisan penilai, keluarga, anak-anak serta pasukan filem Babah atas kepercayaan yang diberikan.

Menurut Sweet, dia sendiri tidak menyangka akan tercalon, apatah lagi menang, memandangkan lebih 200 penyertaan dari seluruh ASEAN bertanding dalam kategori yang sama.

TAHNIAH… Sweet Qismina berucap selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Malam Gala Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 semalam. Foto Jabatan Penerangan

“Memang tak sangka langsung. Bersyukur sangat sebab persaingan pun kuat. Saya pun merupakan penonton filem-filem mereka yang turut tercalon. Kemenangan ini merupakan antara pencapaian terbesar dalam kerjaya saya.

“Namun, ni bukan pengakhiran untuk Sweet Qismina, tetapi pencapaian terbaik dalam dunia yang hebat ini. Rezeki terpijak untuk berada dalam industri perfileman.” katanya ketika ditemui media selepas menerima anugerah tersebut, semalam.

Sweet menyatakan bahawa dia tidak merancang apa-apa buat masa ini kerana tidak menyangka akan dicalonkan dari awal, tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana produksi dalam atau luar negara.

“Kalau ada produksi yang nak bekerjasama dan percayakan saya untuk bawa karya yang lebih baik selepas ini, saya terima dengan hati terbuka.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mewakili Malaysia. Kemenangan ini adalah untuk Malaysia,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: AIFFA 2025: ‘Tenement’ ungguli Anugerah Filem Terbaik, Vietnam dan Filipina terus mendominasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.