Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Reka bentuk dalaman diperkasa sebagai elemen utama pembangunan pesat Sarawak
  • TEMPATAN

Reka bentuk dalaman diperkasa sebagai elemen utama pembangunan pesat Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
AMANAT…Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian berucap pada Persidangan MIID REKA Sarawak 2025, hari ini.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menegaskan bahawa reka bentuk dalaman memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak yang semakin pesat, terutamanya dalam aspek kesihatan, kesejahteraan dan persekitaran hidup berkualiti.

Katanya yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, apabila bercakap tentang pembangunan Sarawak, ia bukan sekadar membina bangunan, tetapi membina ruang yang menyentuh kehidupan manusia.

“Reka bentuk dalaman yang baik mampu menyokong kesihatan mental, meningkatkan produktiviti dan memberi keselesaan kepada masyarakat,” katanya pada Persidangan MIID REKA Sarawak 2025, di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

PRESIDEN MIID, Professor Adjung IDr Norshafina Ibrahim.

Beliau menambah tema Sanctuary selari dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan komuniti yang sihat, inklusif dan sejahtera melalui pembangunan bandar yang lebih manusiawi.

Sementara itu, Presiden MIID, Professor Adjung IDr Norshafina Ibrahim, berkata persidangan ini adalah usaha bersepadu bagi memperkukuh pembangunan profesional pereka dalaman di seluruh negara, termasuk Sarawak.

“Persidangan ini bukan sekadar acara, tetapi langkah strategik MIID memastikan pereka dalaman mendapat pengiktirafan dan pembangunan berterusan,” katanya.

Persidangan tersebut menghimpunkan pereka dalaman, arkitek, pelajar serta pemain industri dari seluruh negara.

Ia menampilkam tema Sanctuary menekankan penciptaan ruang pemulihan berasaskan alam semula jadi, yang mampu meningkatkan kesejahteraan, ketenangan serta martabat manusia.

Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian dalam sesi perkongsian, perbincangan dan panel yang mengetengahkan perspektif pelbagai pakar dalam reka bentuk dalaman.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembebasan P. Diddy ditangguh sebulan gara-gara langgar peraturan penjara
Next: Sarawak fokus kelestarian generasi akan datang, pembangunan mesti inklusif — Dr. Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.