Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pengarah orkestra wanita pertama Iran jadi inspirasi
  • HIBURAN

Pengarah orkestra wanita pertama Iran jadi inspirasi

Utusan Sarawak 16 hours ago
PANIZ Faryoussefi, wanita pertama yang memimpin Orkestra Simfoni Tehran, mengetuai orkestra itu di Vahdat Hall, Tehran pada 13 November 2025. Foto AFP

TEHRAN: Apabila Paniz Faryoussefi naik ke podium dengan batang dirigennya, beliau bukan sekadar menandakan permulaan persembahan orkestra yang mengagumkan, tetapi juga simbol harapan bagi wanita muda Iran.

Di Vahdat Hall, Tehran, mata ramai penonton tertumpu kepada wanita pertama yang memimpin filharmonik negara itu, termasuk wanita muda pemuzik yang terinspirasi oleh pencapaiannya.

Di republik Islam konservatif ini, kehidupan profesional dan budaya wanita masih terhad, terutamanya persembahan awam di hadapan penonton campuran.

Wanita, misalnya, tidak dibenarkan menyanyi solo di hadapan lelaki. Namun Faryoussefi, 42, membuktikan mereka kini boleh memimpin orkestra.

“Apabila saya melangkah ke pentas, semua mata tertumpu kepada saya, dan saya rasa tanggungjawab yang amat besar,” katanya selepas persembahan.

PANIZ Faryoussefi dilahirkan dalam keluarga seni dan ibunya mengimpikan beliau menjadi cheffe d’orchestre, tetapi akademi seni persembahan Iran tidak mengajar pengendalian orkestra. Foto AFP

Protes jalanan yang meluas selepas kematian wanita muda dalam tahanan pada 2022 telah memaksa kerajaan melonggarkan beberapa sekatan, membolehkan wanita muda tampil lebih menonjol dalam kehidupan sosial dan budaya.

Beberapa wanita penonton tidak mengenakan skarf, manakala Faryoussefi tetap menutup rambutnya mengikut undang-undang.

Kehadirannya di podium sendiri menjadi simbol keterbukaan baharu.

Faryoussefi dilahirkan dalam keluarga seni dan ibunya mengimpikan beliau menjadi cheffe d’orchestre, tetapi akademi seni persembahan Iran tidak mengajar pengendalian orkestra.

Beliau mengikuti kelas ringkas di Armenia sebelum kembali dan membina kerjaya memecah tradisi.

“Wanita muda perlu gigih dan mengejar impian mereka,” katanya.

Beliau memimpin orkestra seramai 50 orang melalui karya Franz Schubert, Jean Sibelius dan Aram Khachaturian.

“Saya berharap ini menandakan era baru bagi wanita muda Iran. Mereka tidak perlu takut kerana ini pintu kepada pembebasan,” katanya.

Konsert dua hari itu menarik perhatian ramai. Said Shourabi, 53, berkata, “Di Iran, wanita selalu dikekang dan tidak dapat menonjolkan bakat sepenuhnya, walaupun mereka sama berbakat seperti lelaki.”

Jurutera rambut Fariba Aghai, 44, gembira melihat seorang wanita memegang batang dirigen, tetapi kecewa kerana penyanyi wanita masih tidak boleh tampil di konsert atau menerbitkan lagu sendiri.

“Mereka harus tahu mereka mampu melakukan apa sahaja,” katanya. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Michelle Yeoh terima anugerah kehormat di Festival Filem Berlin
Next: Simon Yam kagum keunikan budaya Sarawak, harap AIFFA jadi platform filem antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.