Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dijangka mendatar minggu depan susulan dasar global, isyarat data baharu
  • BISNES

Bursa Malaysia dijangka mendatar minggu depan susulan dasar global, isyarat data baharu

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendatar minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi.

 Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata petunjuk utama yang perlu diteliti termasuk angka inflasi, data perdagangan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun selain pesanan eksport Taiwan dan data ekonomi Singapura.

“Semua petunjuk ini akan membentuk latar belakang makro serantau apabila sentimen risiko global kekal lemah namun beransur-ansur pulih,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata di peringkat domestik, tumpuan juga akan terarah kepada data perdagangan luar Malaysia dan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Oktober yang masing-masing dijadualkan dikeluarkan pada Rabu dan Jumaat minggu depan.

Mohd Sedek berkata data tersebut akan memberikan petunjuk awal mengenai trajektori pertumbuhan Malaysia bagi suku keempat 2025 di samping sama ada tekanan inflasi kekal stabil susulan pelaksanaan BUDI95 pada 30 September.

Dari sudut pandang ekonomi, subsidi bahan api cenderung meningkatkan kuasa beli sebenar di samping mengurangkan inflasi keseluruhan secara automatik, sekali gus membentuk unjuran harga jangka masa pendek, katanya.

Beliau berkata dari segi ekuiti, pendekatan berhati-hati susulan kemungkinan gelembung penilaian lecerdasan buatan (AI) yang terus menjejaskan saham teknologi Amerika Styarikat (AS) boleh memberi manfaat tidak langsung kepada pasaran seperti Malaysia dengan komposisi indeks lebih tertumpu kepada sektor kewangan.

“Sama ada pelabur asing akan meneruskan aliran belian bersih mereka minggu depan masih belum dapat dipastikan, tetapi berdasarkan sentimen global yang lebih konstruktif berbanding beberapa minggu sebelumnya, imbangan risiko dilihat semakin menyokong,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 6.54 mata kepada 1,625.67 daripada 1,619.13 minggu lepas.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 20.78 mata kepada 12,054.85, Indeks FBMT 100 naik 29.58 mata kepada 11,823.06 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 10.84 mata kepada 12,059.17.

Indeks FBM ACE susut 66.97 mata kepada 4,983.76 manakala Indeks FBM 70 turun 35.97 mata kepada 16,890.87.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 1.41 mata kepada 166.99, manakala Indeks Tenaga turun 10.85 mata kepada 755.61 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 94.10 mata kepada 18,431.34 dan Indeks Perladangan meningkat 37.0 mata kepada 8,140.08.

Jumlah dagangan mingguan sebanyak 14.56 bilion unit bernilai RM11.17 bilion berbanding 15.84 bilion unit bernilai RM10.21 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 5.98 bilion unit bernilai RM9.47 bilion daripada 6.99 bilion unit bernilai RM8.42 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 6.73 bilion unit bernilai RM1.08 bilion daripada 6.54 bilion unit bernilai RM1.18 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 1.83 bilion unit bernilai RM611.92 juta berbanding 2.31 bilion unit bernilai RM606.44 juta.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.