Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek pendalaman laluan akses Delta Kuala Baram catat 40 peratus siap, disasar siap lebih awal
  • TEMPATAN

Projek pendalaman laluan akses Delta Kuala Baram catat 40 peratus siap, disasar siap lebih awal

Utusan Sarawak 9 hours ago
TINJAU…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa meninjau Projek pendalaman laluan akses Dellta Kuala Baram di Miri hari ini. Foto UKAS

MIRI: Projek pendalaman laluan akses Delta Kuala Baram bernilai RM208.9 juta terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kini mencapai 40 peratus siap, sekali gus membuka ruang untuk penyiapannya dipercepatkan ke Oktober 2026.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, walaupun kontrak asal menetapkan tarikh siap pada Mac 2027, kerajaan telah mengarahkan pihak pelaksana untuk menyusun semula jadual kerja agar projek dapat ditamatkan lebih awal.

“Saya yakin sasaran ini mampu dicapai kerana cuaca kering ketika ini memberi kelebihan untuk mempercepatkan pelaksanaan fasa kerja utama di tapak,” katanya ketika menerima taklimat ringkas semasa lawatan tapak projek berkenaan hari ini.

Katanya, selain kerja pendalaman laluan Sungai Baram, projek tersebut turut memberi impak tambahan melalui pembentukan kawasan tanah timbul secara semula jadi di kedua-dua belah tebing sungai, khususnya di bahagian kanan.

TINJAU…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa meninjau Projek pendalaman laluan akses Dellta Kuala Baram di Miri hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata, kawasan penambakan semula jadi itu kini mencecah hampir 4.8 kilometer hasil daripada pembinaan ‘training bund’ yang sedang dijalankan.

Selain kerja pendalaman bagi memastikan laluan lebih selamat dan efisien, skop projek turut merangkumi pembinaan dua benteng panduan sepanjang enam kilometer yang berfungsi menstabilkan aliran mendapan di kawasan terbabit.

Pada masa sama, kemudahan bantuan navigasi turut dinaik taraf bagi meningkatkan tahap keselamatan maritim, sekali gus memudahkan pergerakan kapal dan aktiviti pelabuhan.

Pelaksanaan menyeluruh ini membuatkan projek berkenaan dijangka meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan serta menjadi asas kukuh kepada pembangunan industri maritim dan logistik di kawasan utara negeri.

Langkah ini juga bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi setempat menerusi fasiliti perhubungan yang lebih lancar dan berdaya saing.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak begins GPS and ETM upgrades for all stage buses
Next: SDNU jadi rakan strategik perkasa ekonomi rakyat Sarawak — Premier

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.