Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jerman larang penjualan ‘gas ketawa’ kepada golongan bawah umur
  • GLOBAL

Jerman larang penjualan ‘gas ketawa’ kepada golongan bawah umur

Utusan Sarawak 19 hours ago
JERMAN meluluskan larangan penjualan nitrus oksida kepada golongan bawah umur, termasuk larangan pembelian dalam talian dan mesin layan diri.

BERLIN: Penggubal undang-undang Jerman meluluskan larangan penjualan nitrus oksida kepada golongan bawah umur, termasuk larangan pembelian dalam talian dan mesin layan diri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rang undang-undang itu diluluskan pada sesi lewat malam di Bundestag, dewan rendah Parlimen Jerman, semalam.

Nitrus oksida atau gas ketawa semakin popular sebagai dadah parti dalam kalangan remaja dan belia. Ia dijual dalam bentuk kartrij dan disedut melalui belon.

Gas itu memberikan kesan ‘sangat gembira’, namun penggunaannya berisiko tinggi, termasuk pening, pengsan, halusinasi serta kerosakan kekal pada sistem saraf.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan peningkatan kes keracunan nitrus oksida sejak beberapa tahun lepas, dengan ahli parlimen konservatif Hans Theiss memberi amaran bahawa bahan itu ‘sangat berbahaya’ kepada golongan muda.

Larangan itu mempunyai pengecualian: kartrij kecil dengan kapasiti maksimum 8.4 gram akan terus dibenarkan untuk pembeli dewasa kerana ia digunakan, antaranya, untuk memukul krim.

Rang undang-undang itu turut memberi tumpuan kepada bahan kimia ‘gamma-butyrolactone’ (GBO) dan 1,4-butanediol (BDO), yang dikenali sebagai “titisan pelali” kerana boleh digunakan penjenayah untuk membuat mangsa tidak sedarkan diri bagi melakukan serangan seksual atau rompakan.

Dos tinggi bahan-bahan itu akan diharamkan, manakala penggunaan industri dalam dos lebih kecil akan dibenarkan di bawah syarat tertentu.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tiga angkasawan China pulang ke bumi selepas tertangguh akibat serpihan angkasa
Next: Sembilan maut dalam letupan tidak disengajakan di Kashmir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.