Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pembukaan AIFFA 2025 bentangkan platform filem ASEAN 
  • HIBURAN

Pembukaan AIFFA 2025 bentangkan platform filem ASEAN 

Utusan Sarawak 16 hours ago
PENGARAH Festival AIFFA, Livan Tajang semasa Majlis Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Pembukaan rasmi Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 malam tadi menandakan permulaan tiga hari tayangan filem, dialog, dan pertukaran seni kreatif antara pembuat filem dari seluruh Asia Tenggara.

Pengarah Festival AIFFA, Livan Tajang berkata, pengumuman senarai filem yang dicalonkan antara detik paling dinanti dalam festival, namun AIFFA menekankan nilai komuniti, jaringan serta penerokaan budaya berbanding semata-mata persaingan.

“Sudah tentu semua teruja untuk mengetahui filem mana yang tersenarai, tetapi AIFFA bukan hanya mengenai siapa menang. Ia tentang bertemu, bersatu dan memahami karya satu sama lain,” katanya semasa Majlis  AIFFA 2025 di  salah sebuah hotel terkemuka, di sini.

Senarai filem tahun ini dipilih daripada lebih 200 penyertaan, jumlah tertinggi sejak penubuhan festival. 

Livan menjelaskan proses pemilihan melibatkan tiga peringkat iaitu juri pentadbiran, juri penapis dan akhirnya juri ASEAN yang menentukan calon utama anugerah.

“Mereka melakukan kerja dengan cemerlang kerana filem yang dipilih mencerminkan kepelbagaian ASEAN. Sama ada untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik atau Pelakon Wanita Terbaik, kualitinya jelas terserlah. Setiap tahun penyertaan meningkat menunjukkan keyakinan terhadap festival ini,” katanya.

Beliau menambah, tayangan di Muzium Budaya Borneo dan ruang acara pusat beli-belah The Spring membolehkan penonton merasai pengalaman sepuluh negara melalui filem, memperlihatkan perbezaan budaya serta persamaan serantau yang akrab.

“Apabila menonton filem dari Indonesia, Vietnam atau Filipina, walaupun budaya berbeza, ia tetap terasa dekat dengan kita. Inilah yang menjadikan tayangan filem begitu menarik,” ujar beliau.

AIFFA terus menarik penyertaan serantau yang kukuh, dengan semua negara ASEAN diwakili, termasuk pemerhati baharu dari Timor Leste pada tahun ini. Festival ini juga menjadi platform pertemuan di mana pembuat filem menjalin persahabatan dan kerjasama jangka panjang melebihi tempoh festival.

Livan menegaskan, tiga hari akan datang bakal menyaksikan ketegangan buat para calon menanti keputusan yang akan diumumkan pada AIFFA Gala Night di Pullman Kuching, esok.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: AIFFA 2025 kukuhkan hubungan kreatif ASEAN di Sarawak
Next: Abang Adik, Babah, Reversi dan Simple Manusan bersaing hebat dalam AIFFA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.