Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi libat urus MPS dan SPANS kukuhkan kerjasama hal ehwal perkhidmatan awam negeri
  • Tengah
  • WILAYAH

Sesi libat urus MPS dan SPANS kukuhkan kerjasama hal ehwal perkhidmatan awam negeri

Utusan Sarawak 21 hours ago
UNTUK KENANGAN… Ting (duduk tengah) merakam kenangan bersama SPANS di pejabat MPS, semalam. Foto Izkandar Roseley

SIBU: Sesi libat urus antara Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kerjasama kedua-dua pihak khususnya membabitkan hal ehwal perkhidmatan awam negeri.

Selain itu, sesi berkenaan turut menjadi platform untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran semasa berkaitan pengurusan sumber manusia serta aspek pentadbiran dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

Sesi itu diharap dapat memperluas jaringan kerjasama, meningkatkan kefahaman bersama dan seterusnya memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam di Sarawak.

Terdahulu, MPS menerima kunjungan hormat daripada SPANS.

Turut hadir, Pengerusi MPS, Clarence Ting, Pengerusi SPANS, Datu Kameri Affandi, Timbalan Pengerusi SPANS, Datu Antonio Kahti Galis, Timbalan Pengerusi MPS, Izkandar Roseley, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Desmond Douglas Jerukan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lions Club Sibu anjur kempen derma darah Ahad ini
Next: Persidangan SIAC Di Sibu tonjol semangat baharu kepimpinan gereja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.