Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan Sungai Asap perlu diperkasa segera demi capai sasaran 2030
  • Utara
  • WILAYAH

Pembangunan Sungai Asap perlu diperkasa segera demi capai sasaran 2030

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon berucap pada majlis ringkas sempena lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ke Uma Daro di Sungai Asap, Belaga.

BELAGA: Kelewatan beberapa komponen pembangunan di Sungai Asap menimbulkan kebimbangan terhadap kemampuan kawasan penempatan semula itu mencapai sasaran pembangunan menjelang 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, Sungai Asap merupakan kawasan strategik yang menempatkan komuniti besar hasil penempatan semula projek empangan, namun masih berdepan kekangan infrastruktur asas yang menghalang potensi ekonomi setempat.

“Jika kita bergerak perlahan, saya bimbang kawasan ini tidak dapat mengejar sasaran negeri untuk mencapai status wilayah maju dalam tempoh enam tahun lagi.

“Ada banyak perkara yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya,” katanya Ketika berucap pada majlis sempena lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ke Uma Daro di Sungai Asap di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara isu kritikal adalah projek jalan ke lot pertanian penduduk yang masih tertangguh walaupun telah memasuki tahun ketujuh fasa pelaksanaannya.

“Terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan projek ini kerana ia menentukan kemampuan keluarga di sini membangunkan tanah pertanian mereka,” jelasnya memaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) telah menyediakan peruntukan khusus untuk fasa pertama sejauh kira-kira 60 kilometer.

Chukpai turut menekankan, pembangunan komuniti tidak boleh dipacu dengan berkesan selagi isu utiliti asas tidak stabil.

Ketibaan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isteri, Datin Amar Baduyah Bujang, serta ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon disambut meriah oleh penduduk setempat.

“Kerap berlaku gangguan elektrik dan air memberi kesan kepada klinik serta operasi harian penduduk. 

“Perkara sebegini perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Beliau turut mengulangi keperluan untuk menyiapkan kajian revisi penempatan semula yang telah dijalankan pada 2019, kerana hasil kajian itu penting untuk merancang hala tuju pembangunan Sungai Asap secara menyeluruh.

Dalam pada itu, Chukpai mencadangkan pembinaan rumah rehat kerajaan di kawasan tersebut bagi menampung keperluan pegawai yang menjalankan tugas rasmi di pedalaman, memandangkan tiada kemudahan penginapan disediakan.

“Saya percaya dengan penyelarasan lebih kemas antara agensi, segala isu yang tertunggak ini dapat diselesaikan,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen kerajaan Negeri dalam membangunkan kawasan pedalaman termasuk DUN Murum.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka tekankan projek pembangunan perlu siap mengikut jadual
Next: SPK Kampung Hulu diluluskan, bantu penduduk terjejas tanah susur Sungai Krian di Kampung Melango

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.