Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM Sarawak perkemas kesiapsiagaan aset, jentera
  • TEMPATAN

JBPM Sarawak perkemas kesiapsiagaan aset, jentera

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGHARGAAN… Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang warga media di Limbang. Foto JBPM Sarawak

LIMBANG: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memperkukuh kesiapsiagaan aset dan jentera bagi memastikan keberkesanan operasi serta tindak balas pantas terhadap sebarang insiden kecemasan.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, berkata Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik merupakan nadi utama jabatan yang memainkan peranan signifikan dalam merangka inisiatif strategik, memastikan semua aset dan jentera JBPM berada pada tahap kesiapsiagaan optimum.

“Jumlah keseluruhan jentera Fire Rescue Tender (FRT) milik JBPM adalah sebanyak 589 unit, manakala norma keluaran adalah 428 unit.

“Bagi isu jentera yang berusia melebihi 20 tahun, JBPM kini dalam proses menggantikan 30 unit jentera FRT lama dengan 30 unit jentera baharu. Jentera baharu ini akan dibekalkan melalui Program Tanggungjawab Sosial (CSR) oleh Syarikat CLW Malaysia, dengan anggaran kos RM600,000 setiap unit atau nilai keseluruhan sebanyak RM18 juta,” katanya.

PERSIAPAN AWAL… Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran pada Perhimpunan Bulanan November 2025 JBPM Sarawak di BBP Limbang. Foto JBPM Sarawak

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan November 2025 JBPM Sarawak di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, hari ini.

Turut hadir Ketua JBPM Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan; Ketua BBP Limbang, Tawang Lingem; dan Ketua BBP Lawas, Clarence D. Primus Tiandun.

Bagi fasa pertama, jabatan akan menerima satu unit jentera FRT dan satu unit prototaip FRT dengan pengubahsuaian inovatif meriam air. Sejumlah 28 unit lagi dijangka diterima pada fasa kedua, pada Januari tahun depan.

Menurut Jamri, jentera baharu yang setara atau melebihi spesifikasi sedia ada dengan jangka hayat penggunaan 15 hingga 20 tahun dijangka memberikan impak ketara.

Jelasnya, langkah ini dapat meminimumkan kerosakan, mengurangkan kos pembaikan, sekali gus memastikan keupayaan jentera dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kapal dagang China, Siam, Vietnam sudah berlabuh di Santubong abad ke-7
Next: Keselamatan awam perlu diberi penekanan sepanjang pembinaan ART

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.