Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar, isteri ditangguh ke Januari 2026
  • MAHKAMAH

Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar, isteri ditangguh ke Januari 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
AHLI Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin (tengah) dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi sebutan kes rasuah berjumlah RM2.8 juta yang dihadapi mereka. Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad untuk menangguhkan perbicaraan bela diri ke Januari tahun hadapan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah membabitkan RM2.8 juta yang sepatutnya berlangsung 27 November dan 3 Disember ini kepada Januari depan.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry memaklumkan bahawa pihak pembelaan telah menghantar surat kepada mahkamah pada 4 November lepas untuk memohon penangguhan atas alasan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 akan berlangsung 29 November ini.

“Mahkamah membenarkan perbicaraan pada 27 Nov dan 3 Dis ditangguhkan, dan perbicaraan akan bersambung pada 12 hingga 14 Januari 2026,” katanya pada prosiding sebutan kes itu hari ini, yang turut dihadiri peguam Ridha Abdah Subri mewakili Bung Moktar.

Pihak pembelaan akan memanggil Zizie Izette untuk memberi keterangan pada prosiding berikutnya.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

AHLI Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin (tengah) dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi sebutan kes rasuah berjumlah RM2.8 juta yang dihadapi mereka. Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad untuk menangguhkan perbicaraan bela diri ke Januari tahun hadapan. Foto BERNAMA

Ahli Parlimen Kinabatangan itu didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5.00 petang pada 12 Jun 2015.

Selain itu, beliau didakwa menerima suapan RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad  Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund yang didaftarkan atas nama isterinya bagi tujuan sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda sama, jika sabit kesalahan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Inspektor Sheila didakwa lagi atas tuduhan halang tugas anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.