Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan dalam ‘Op Belatuk’ terbabit kes penipuan pekerjaan atas talian
  • JENAYAH

Lelaki ditahan dalam ‘Op Belatuk’ terbabit kes penipuan pekerjaan atas talian

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan polis berhubung kes penipuan kerja sambilan yang menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM29,651. Foto IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan polis dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Belatuk oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok semalam, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan kerja sambilan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata tangkapan dibuat pada 2.20 petang di Kota Samarahan oleh sepasukan anggota yang diketuai oleh Inspektor Sopian Zainuddin.

“Hasil siasatan mendapati kes ini melibatkan seorang mangsa wanita, seorang eksekutif sumber manusia, yang menerima mesej di WhatsApp daripada individu mengaku dari Bahagian Sumber Manusia MYS Travel Sdn. Bhd. pada 18 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mathew menjelaskan mangsa telah ditawarkan pekerjaan sambilan melalui aplikasi WhatsApp dan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram bernama “Agoda Booking Group-44”. 

KETUA Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie. Foto IPD Saratok

Pada peringkat awal, mangsa melakukan beberapa tugasan dan menerima komisen, namun selepas beberapa transaksi, mangsa tidak lagi menerima sebarang bayaran.

“Akibatnya, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM29,651 selepas terus melaksanakan beberapa tugasan seperti yang diarahkan dalam kumpulan tersebut,” katanya.

Menurut Mathew lagi, siasatan lanjut mendapati suspek yang ditahan adalah pemilik akaun bank GX Bank yang digunakan dalam transaksi wang penipuan berkenaan.

“Suspek mengaku akaun tersebut dibuka atas talian dan pernah memberikan maklumat log masuk kepada individu lain kononnya untuk tujuan pemindahan wang kepada keluarganya. 

“Suspek juga mendakwa tidak mengetahui kemasukan dan pengeluaran wang daripada akaunnya kerana tidak menerima sebarang notifikasi,” jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Polis telah membenarkan jamin terhadap suspek sementara siasatan lanjut dijalankan.

Mathew turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran kerja sambilan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, terutamanya yang beroperasi melalui aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram.

“Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan dengan pihak berkuasa atau institusi kewangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi kewangan,” tegasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan miliki dadah di Lubok Antu
Next: Tiga lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.