Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RISEAP platform perkongsian ilmu rentas agama – Premier Sarawak
  • SEMASA

RISEAP platform perkongsian ilmu rentas agama – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
Premier Sarawak bersama yang lain merakamkan kenangan di hadapan Masjid Pusat Islam Seoul.

SEOUL: Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) kini bergerak sebagai platform perkongsian ilmu antara penganut Islam dan bukan Islam demi manfaat sejagat.

Menurut Premier Sarawak yang juga Presiden RISEAP, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pendekatan inklusif itu membolehkan pelbagai agama saling melengkapi dalam memperkasa pembangunan ummah dan insan sejajar dengan prinsip kemanusiaan sejagat.

Premier Sarawak bersama tetamu lain semasa merasmikan Jabatan Halal KMF.

“RISEAP tidak hanya tertakluk pada doktrin Islam, tetapi ia berkongsi pengetahuan antara Muslim dan bukan Muslim untuk kebaikan manusia. Itu cara kita dan ia memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Premier Sarawak berkata demikian dalam temu bual bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan TVS selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif RISEAP Ke-36 di Seoul, hari ini.

Beliau menjelaskan, perkongsian pengetahuan yang diterajui RISEAP turut memberi tumpuan kepada bidang teknologi dan budaya dengan negara-negara yang mempunyai kepakaran tertentu.

Beliau memberi contoh bagaimana New Zealand dan Korea Selatan boleh menjadi rakan strategik dalam pembangunan teknologi pertanian dan kejuruteraan.

Premier Sarawak bersama tetamu lain semasa merasmikan Taska Prince Sultan Abdul Aziz.

“Dalam pertanian, New Zealand boleh membantu kita memandangkan Malaysia mahu memajukan sektor pertaniannya melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu.

“Korea mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, dan kita boleh bekerjasama dengan pihak mereka dengan menempatkan pelajar atau orang kita untuk mendalami teknologi mereka,” ujarnya.

Premier turut mendedahkan bahawa kerajaan negeri kini bekerjasama dengan Samsung dalam bidang tenaga hijau yang selaras dengan pendekatan Islam yang digariskan tokoh terkenal Ibnu Khaldun, iaitu memperkasa umat untuk manfaat sejagat.

Dalam pada itu, Premier Sarawak turut menyumbangkan dana berjumlah keseluruhan AS$25,000 bagi pembangunan komuniti Islam di Seoul.

Daripada jumlah itu, AS$15,000 disalurkan kepada Korea Muslim Federation (KMF) bagi penyediaan kelengkapan pejabat baharu, manakala AS$10,000 disumbangkan kepada Taska Prince Sultan bin Abdul Aziz.

Sumbangan tersebut diumumkan semasa lawatan beliau ke Jabatan Halal KMF selepas merasmikan organisasi tersebut.

Selain itu, Premier Sarawak turut diberi penghormatan untuk merasmikan naik taraf Masjid Pusat Islam Seoul, masjid tertua di Korea Selatan.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib, Setiausaha Kehormat RISEAP Dato’ Mohamad Marzuki Mohamad Omar, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datuk Kipli Yasin serta barisan Exco RISEAP lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh hubungan dengan komuniti Muslim Korea melalui sumbangan strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.