Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Asap paksa pesawat Qantas lakukan pendaratan cemas di Adelaide
  • GLOBAL

Asap paksa pesawat Qantas lakukan pendaratan cemas di Adelaide

Utusan Sarawak 14 hours ago
SATU penerbangan QantasLink terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Adelaide.

CANBERRA: Sebuah pesawat Qantas yang dalam penerbangan dari Australia Selatan (SA) ke ibu negara Canberra terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas sejurus berlepas pada pagi Rabu selepas asap dikesan di dalam kabin, lapor Xinhua.

Penerbangan QF1972 berpatah balik dan mendarat semula di Lapangan Terbang Adelaide tidak lama selepas berlepas pada 6.10 pagi waktu tempatan pada Rabu, berikutan perisytiharan daripada juruterbang yang meminta pendaratan keutamaan apabila kru menyedari terdapat asap di dalam kabin, menurut Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Jurucakap Qantas berkata pesawat E190 itu mendarat dengan selamat di Adelaide dan akan diperiksa oleh jurutera sebelum kembali beroperasi.

Menurut jurucakap itu, semua penumpang di dalam pesawat berkenaan telah ditempatkan dalam penerbangan alternatif yang berlepas dari Adelaide pada kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 3 maut, 56 selamat dalam insiden bot terbalik di selatan Greece
Next: Jambatan baharu runtuh di wilayah Sichuan, China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.