Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laporan polis dibuat terhadap penyebar fitnah
  • Utara
  • WILAYAH

Laporan polis dibuat terhadap penyebar fitnah

Utusan Sarawak 5 hours ago
LAPORAN POLIS… (dari kiri) Kaunselor Charles Labo, Esem Musa, Standley Dulamit dan Donnie Erwan bersama rakan dihadapan Balai Polis Daerah Lawas dengan salinan laporan polis.

LAWAS: Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lawas berhubung beberapa hantaran di laman Facebook atas nama Kam Agong Lawas Sarawak malam tadi.

Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’kelalan, Donnie Erwan Baru, bersama tujuh rakannya hadir membuat laporan polis sebelum diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas pada malam yang sama.

“Laporan ini dibuat berhubung fitnah yang disebarkan oleh seorang individu menggunakan nama Kam Agong Lawas Sarawak, yang memfitnah kepimpinan di Lawas, khususnya Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan Baru Bian,” katanya.

Tambahnya, tuduhan yang dilemparkan amat serius, melibatkan isu dadah, pengeluaran MyKad dan rasuah, seolah-olah perkara ini tidak diberi perhatian oleh kepimpinan di Lawas.

“Justeru, kami hadir untuk memohon agar pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu ini, yang nama sebenarnya ialah Lawrence Silveraj,” kata Donnie Erwan ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Lawas semalam.

BERI KETERANGAN…(depan kiri) Standley dan Donnie Erwan di Balai Polis Lawas untuk memberi butiran bagi melengkapkan laporan polis terhadap Kam Agong Lawas Sarawak.

Turut hadir, Matius Selutan, Stanley Dulamit Bangau, Esem Musa, Devine Seliang, Ahmad Japeri, Marcus Labo dan Charles Labo.

Menurut Donnie Erwan, perbuatan Lawrence itu bermotifkan politik, khususnya bertujuan memburukkan nama pemimpin di Lawas, susulan kekalahan isterinya kepada Baru Bian dalam pilihan raya negeri yang lalu bagi kerusi DUN Ba’kelalan.

Jelasnya, Lawrence dilihat kembali aktif menyebarkan fitnah yang boleh mengganggu ketenteraman awam apabila menuduh pihak berkuasa gagal mengawal isu dadah, pengeluaran kad pengenalan serta rasuah, seolah-olah Lawas tidak mempunyai undang-undang.

“Lebih mendukacitakan, individu berketurunan India ini didakwa menggunakan nama mendiang ibu mertuanya, Kam Agong, untuk membuat hantaran fitnah di laman Facebook.

“Perbuatan ini menimbulkan rasa marah dan boleh menimbulkan ketidakpuasan terhadap individu yang kini berada di Selangor.

“Kita mahu pihak berkuasa menurunkan semua paparan fitnah dan menyekat akaun Facebook berkenaan, selain mengambil tindakan perundangan tegas terhadap penabur fitnah ini,” ujar Donnie Erwan.

Terdahulu, Setiausaha PBB Cawangan Bukit Sari, KaunselorAwang Ibrahim Ahmad, telah membuat laporan serupa, diikuti beberapa sayap Pemuda dan Wanita PBB Cawangan Bukit Sari terhadap individu yang menggunakan nama Kam Agong Lawas Sarawak.

Malahan banyak lagi laporan polis akan dibuat terhadap Kam Agong Lawas Sarawak sebagai protes terhadap segala tohmahan dan memburukkan nama Daerah Lawas di laman sosial.

“Kita hormati undang-undang dan kita serah kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan seterusnya tindakan tegas terhadap Lawrence Silvaraj ini, ” tegas Donnie Erwan.

Oleh Adeng Idrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gotong-royong KMKK Krian tengah eratkan semangat komuniti dan kebersihan awam 
Next: Eksklusif: ‘SFC sudah ambil sampel muntah paus, mudah-mudahan ini rezeki kami anak beranak. Amin’ – Pak Cik Semawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.