Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tahap kesedaran rabies di Bintulu masih rendah
  • Utara
  • WILAYAH

Tahap kesedaran rabies di Bintulu masih rendah

Utusan Sarawak 12 hours ago
Johnny Pang merakam gambar bersama wakil agensi berkaitan selepas menghadiri Mesyuarat Kes Rabies Kawasan Ladang di Bintulu yang diadakan di Wisma Bintulu, hari ini.

BINTULU: Tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya rabies di daerah ini masih rendah walaupun Bintulu telah lama diwartakan sebagai zon merah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Beliau berkata, walaupun jumlah kes tidak tinggi, penyakit itu kekal berbahaya kerana jangkitan hampir pasti membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

“Ramai masih belum memahami kepentingan vaksinasi haiwan peliharaan, khususnya anjing dan kucing. 

“Rabies sangat berbahaya dan walaupun kes nampak sedikit, apabila seseorang digigit dan tidak mendapatkan rawatan segera, risiko kematian amat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Kes Rabies Kawasan Ladang Bintulu di Wisma Bintulu di sini, hari ini.

Menurutnya, sikap sambil lewa terhadap anjing jalanan turut menyumbang kepada penyebaran rabies yang berterusan di daerah ini.

Johnny Pang berkata, kawasan ladang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berikutan kewujudan banyak anjing berkeliaran tanpa kawalan yang meningkatkan pendedahan pekerja terhadap risiko gigitan.

“Di kawasan ladang, anjing bergerak bebas tanpa kawalan dan inilah yang menyebabkan lebih banyak kes dikesan di kawasan tersebut. 

“Di kawasan bandar pun kita masih lihat anjing jalanan di taman-taman perumahan,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar digesa melaksanakan pemeriksaan dan vaksinasi berkala bagi membendung penularan.

Ujarnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut menyediakan program vaksinasi besar-besaran secara bulanan dan pemilik haiwan digalakkan mendapatkan vaksinasi awal secara terus di jabatan berkenaan.

“Majikan ladang juga perlu memastikan garis panduan keselamatan diberikan kepada pekerja dan semua prosedur rawatan segera dipatuhi jika berlaku gigitan,” tambahnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: A fitting gift of appreciation to SJK (C) Chung Hua No. 2
Next: Dua lelaki maut dipercayai keracunan umbut rotan di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.