Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Malaysia jadi destinasi pertama siri jelajah konsert Jessica Jung
  • HIBURAN

Malaysia jadi destinasi pertama siri jelajah konsert Jessica Jung

Utusan Sarawak 14 hours ago
JESSICA Jung memulakan siri jelajah konsert ‘Reflections’ di Arena of Stars, Resorts World Genting, 11 Januari 2026.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Korea Selatan-Amerika Jessica Jung memilih Malaysia sebagai destinasi pertama siri jelajah konsert terbaharunya ‘Reflections’ pada 11 Januari  depan.

Penganjur konsert Huishiyule dalam kenyataan memaklumkan konsert yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting itu menghimpunkan perjalanan kerjaya seni Jessica sebagai seorang penghibur sejak mula berkarya hingga kini, sebagai penghargaan kepada peminat.

“Setiap persembahan dijangka menyampaikan pengalaman audio visual yang imersif melalui vokal lembut, persembahan tari memikat serta penceritaan penuh emosi yang dekat dengan hati peminatnya,” menurut kenyataan itu.

Sejak debut bersama-sama dengan kumpulan Girls’ Generation atau SNSD pada 2007, Jessica terus berkembang sebagai personaliti serba boleh merentasi pelbagai cabang seni hiburan.

Sebagai penyanyi dan penulis lagu, beliau dikenali dengan gaya muzik versatil melalui extended play (EP) ‘With Love, J’ dan Wonderland pada 2016, diikuti My Decade (2017) serta Beep Beep (2023).

Di samping itu, Jessica merupakan pengasas jenama fesyen Blanc & Eclare dan penulis novel ‘Shine’  serta sambungannya ‘Bright’, manakala dalam bidang lakonan beliau membintangi pementasan muzikal ‘Legally Blonde’ di Korea Selatan serta filem ‘I Love That Crazy Little Thing’ dan ‘My Other Home’ di China.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert melalui laman web www.fantopia.io dan rwgenting.com bermula 20 November ini pada harga  RM288 hingga RM988.- Bernama

Continue Reading

Previous: Johan As’ari utamakan kekuatan naskhah berbanding populariti
Next: Ibu Hafiz Suip selamat dikebumikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.