Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Teknologi tidak mampu gantikan budi pekerti, tegas Kapitan So
  • PENDIDIKAN

Teknologi tidak mampu gantikan budi pekerti, tegas Kapitan So

Utusan Sarawak 15 hours ago
UPACARA memotong kek bagi meraikan persaraan Wong (lima kiri) sambil disaksikan So (empat kanan) dan yang lain.

SIBU: Pendidikan masa kini bukan sekadar tentang peperiksaan dan markah tinggi, sebaliknya perlu menekankan keupayaan murid berfikir secara kritis, berani bertanya dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran dunia moden yang digerakkan oleh teknologi.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin, Kapitan So Teck Kee berkata, murid pada era baharu perlu berdikari, bijak menggunakan teknologi, serta memiliki daya fikir dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk kekal relevan pada masa depan.

“Dulu kita belajar dengan kapur dan papan hitam, hari ini murid belajar dengan tablet dan platform digital.

“Dulu ilmu datang dari buku dan guru, tetapi kini ilmu datang dari seluruh dunia dan boleh dicapai pada bila-bila masa,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kanak-Kanak 2025 dan Majlis Persaraan Penolong Kanan, Cikgu Wong Yieng Ing, Sabtu lalu.

Namun begitu, katanya, ada tiga nilai asas yang tidak boleh digantikan oleh kemajuan teknologi iaitu kerajinan, kejujuran serta hati yang tahu berterima kasih.

“Teknologi boleh memberi ilmu, tetapi tidak boleh mengajar budi pekerti. AI boleh memberi jawapan, tetapi tidak boleh menggantikan hati yang baik dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sambutan Hari Kanak-Kanak bukan sekadar memberi kegembiraan kepada murid, tetapi juga mengingatkan masyarakat bahawa anak-anak ialah kegembiraan keluarga, harapan bangsa dan bakal pemimpin masa depan.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap jasa Cikgu Wong yang telah menabur bakti di sekolah berkenaan sejak 1993.

“Beliau mendidik dengan kasih sayang, menjaga sekolah dengan penuh tanggungjawab dan menanam nilai murni dalam diri murid. Walaupun mengajar Bahasa Malaysia, beliau turut mendidik tentang adab, hormat dan akhlak,” katanya.

Cikgu Wong juga pernah berkhidmat sebagai Penyelaras Kokurikulum dan Ketua Hal Ehwal Murid serta menerima tiga kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Jabatan Pendidikan, selain dinobatkan sebagai ‘Guru Paling Rajin’.

“Namun bagi beliau, penghargaan paling besar ialah kejayaan murid dan kepercayaan ibu bapa,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: KEMAS terus jadi tonggak pembangunan modal insan luar bandar sejak lebih enam dekad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.