Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Belanjawan Sarawak 2025: Dr Sim tekankan keperluan segera tenaga kerja kesihatan
  • KESIHATAN

Belanjawan Sarawak 2025: Dr Sim tekankan keperluan segera tenaga kerja kesihatan

Utusan Sarawak 16 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bercakap pada media selepas Persidangan Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTC) 2025 di sebuah hotel terkemuka, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berharap Belanjawan Sarawak 2025 akan memberi keutamaan kepada pelantikan lebih ramai doktor dan jururawat sebagai langkah segera meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Menurut beliau, usaha memperkukuh sektor kesihatan Sarawak bukan sahaja bergantung kepada pembinaan hospital baharu, tetapi juga kepada keperluan mendesak menambah tenaga kerja profesional agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan lebih cepat dan efisien.

“Membina hospital baharu mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun, dan selepas itu perlu lagi masa untuk melengkapkan tenaga kerja. 

“Jadi, tumpuan utama sekarang ialah melantik lebih ramai doktor dan jururawat supaya masa menunggu pesakit dapat dikurangkan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Persidangan Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTC) 2025 di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Dr. Sim juga menjelaskan, harapan tersebut sejajar dengan rundingan berterusan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan autonomi kesihatan di Sarawak.

“Kita sedar bahawa untuk memperkukuh sektor kesihatan, kita perlu melabur bukan sahaja dalam infrastruktur, tetapi juga dalam tenaga kerja. Kalau kita beli hospital pun, tanpa doktor dan jururawat, siapa yang akan mengendalikannya?” tegas beliau.

Beliau turut menekankan bahawa hospital swasta di Sarawak kini berkembang pesat dan menerima ramai pesakit dari luar negeri. 

Antara hospital yang berkembang termasuk IHH Gleneagles, Makota Hospital dan Pusat Perubatan Borneo.

“Sekitar 40 hingga 50 peratus pesakit di hospital swasta bukan Sarawakian, menunjukkan keyakinan mereka terhadap standard perubatan dan profesionalisme tenaga kerja kita,” katanya.

Beliau menambah, dengan lebih ramai doktor dan jururawat, pesakit dapat menerima rawatan lebih cepat dan keluarga mereka turut berasa lebih tenang.

Beliau menegaskan bahawa Premier Sarawak sentiasa prihatin dalam memperkukuh kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain meneruskan usaha pembangunan luar bandar agar seimbang dengan kemajuan di kawasan bandar. 

Dr. Sim juga menyifatkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kementerian berkaitan amat penting dalam menangani isu bandar dan luar bandar secara serentak, termasuk masalah banjir kilat.

Oleh Adele Rissa

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: COVID-19 menular di seluruh Finland dengan 200 kes setiap minggu
Next: Sarawak sasar jadi hab pelancongan kesihatan utama Asia 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.