Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SFC siasat dakwaan penemuan ‘muntah paus’ di Belawai
  • TEMPATAN

SFC siasat dakwaan penemuan ‘muntah paus’ di Belawai

Utusan Sarawak 18 hours ago
Semawi atau mahu dikenali sebagai Mawi menunjukkan muntah paus seberat 1.2kg. Kredit foto FB Gendang Berita Kita.

KUCHING: Penemuan bahan yang didakwa sebagai ‘muntah paus’ atau ambergris oleh seorang nelayan tempatan di Belawai semalam menarik minat Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk pengesahan lanjut.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang nelayan dari Kampung Lot Baru Belawai, Semawi Mantali, 58, menemui seketul bahan seberat 1.2 kilogram yang dipercayai sebagai muntah paus ketika menangkap ikan di perairan Kuala Belawai sekitar jam 7 pagi semalam.

Berikutan itu SFC menghantar pasukannya dan telah digerakkan ke Kuala Belawai bagi menyemak kesahihan dakwaan itu.

Menurut kenyataan SFC, proses verifikasi saintifik terhadap bahan tersebut masih dijalankan, dan pada masa ini pihaknya belum dapat mengesahkan ketulenan bahan berkenaan.

“SFC telah menghantar pasukan siasatan ke lokasi bagi mendapatkan sampel dan melakukan pemeriksaan lanjut. 

“Proses pengesahan saintifik sedang dijalankan bagi menentukan sama ada bahan yang ditemui benar-benar merupakan ambergris,” katanya dalam satu kenyataan di Laman Facebook rasmi SFC. 

Controller Hidupan Liar SFC turut menjelaskan bahawa sebarang tindakan lanjut akan diambil selaras dengan peruntukan Ordinan Hidupan Liar 1998 selepas keputusan pengesahan diperoleh.

Ambergris ialah bahan pepejal bertekstur lilin yang terbentuk dalam sistem penghadaman paus sperma (sperm whale).

Ia digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi premium kerana keupayaannya mengekalkan aroma dalam tempoh lama. 

Nilainya dikatakan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan berat bahan tersebut.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: SUPP Batu Kitang bantu warga emas gunakan aplikasi bayaran EEP
Next: 30 kenderaan dan 50 anggota sertai misi bantuan PRU DUN Sabah Ke-17

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.