Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belia antara paling berisiko maut di jalan raya — Dato Sri Lee
  • TEMPATAN

Belia antara paling berisiko maut di jalan raya — Dato Sri Lee

Utusan Sarawak 7 hours ago
 RASMI…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin memukul gong simbolik Perasmian Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 (MyLesen) dan Program Transport Awareness Behavioral Change (T-ABC) Bahagian Miri Tahun 2025 di Miri hari ini.

MIRI: Golongan belia dan penunggang motosikal dikenal pasti sebagai kumpulan paling berisiko terlibat dalam kemalangan maut di negara ini, kata Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, berdasarkan data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), peningkatan kadar kemalangan membabitkan belia amat membimbangkan dan perlu ditangani melalui pendekatan pendidikan serta kesedaran yang berterusan.

“Statistik ini membuktikan perlunya tindakan segera untuk meningkatkan kesedaran serta pendidikan keselamatan jalan raya yang lebih efektif, khususnya kepada golongan berisiko tinggi ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 (MyLesen) dan Program Transport Awareness Behavioral Change (T-ABC) Bahagian Miri Tahun 2025 di sini, hari ini.

UNTUK ALBUM….Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 (MyLesen) dan Program Transport Awareness Behavioral Change (T-ABC) Bahagian Miri Tahun 2025 di Miri hari ini.

Menurut Kim Shin program T-ABC yang dilaksanakan dengan kerjasama JPJ Sarawak bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku pengguna jalan raya agar lebih berhemah, manakala program MyLesen pula memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan lesen motosikal dengan kos minima.

“Program MyLesen yang diperkenalkan sejak awal tahun 2024 memberi manfaat besar kepada rakyat, khususnya belia luar bandar yang sukar mendapatkan lesen kerana kekangan kewangan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 603 peserta di Bahagian Miri berjaya mendapatkan lesen motosikal kelas B2 setelah melalui proses tapisan, latihan dan ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Kim Shin turut mengingatkan para peserta agar tidak menjadikan lesen yang diperoleh sebagai tiket untuk menunggang secara berbahaya.

HADIR…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin semasa hadir pada Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 (MyLesen) dan Program Transport Awareness Behavioral Change (T-ABC) Bahagian Miri Tahun 2025 di Miri hari ini.

“Mendapat lesen memandu bukan bererti anda boleh memulas minyak sesuka hati. Ia adalah simbol kepercayaan bahawa anda mampu mematuhi undang-undang.

“Jalan raya tidak pernah berjanji untuk memaafkan kesilapan. Satu saat leka, satu saat cuai boleh mengubah seluruh hidup anda. Jangan jadikan kelajuan sebagai ukuran keberanian,” tegas beliau.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sijil kepada peserta yang berjaya dan penghargaan kepada agensi yang terlibat.

Program MyLesen dan T-ABC di Miri menjadi bukti komitmen kerajaan Sarawak dalam memperkukuh keselamatan jalan raya serta membantu rakyat melalui pendekatan pendidikan dan kesedaran yang menyeluruh.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Karnival SCS R&DO Samarahan semarakkan semangat kesepasukan penjawat awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.