Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tanggungjawab didik anak tidak boleh diserah kepada sekolah semata-mata – Tiong
  • PENDIDIKAN

Tanggungjawab didik anak tidak boleh diserah kepada sekolah semata-mata – Tiong

Utusan Sarawak 11 hours ago
 TIONG King Sing (duduk tujuh dari kanan) merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di Sibu, hari ini.

SIBU: Ibubapa digesa agar lebih mengambil berat terhadap kebajikan dan perkembangan anak-anak masing-masing kerana pendidikan sebenar bermula dari rumah, bukan hanya di sekolah.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tanggungjawab ibubapa tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak lain seperti pembantu rumah atau pihak sekolah semata-mata.

“Sebagai ibubapa, kita perlu jalankan tanggungjawab kita. Pendidikan di rumah sebenarnya lebih penting daripada pendidikan di sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di sini, hari ini.

Menurut beliau, trend menyerahkan sepenuhnya penjagaan anak kepada pembantu rumah kononnya untuk memberi ruang rehat kepada isteri sebenarnya memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.

“Kasih sayang dan perhatian terhadap anak-anak semakin berkurangan apabila mereka lebih banyak masa dengan pembantu rumah berbanding ibubapa sendiri,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Tiong berkata, ada segelintir ibubapa yang menghantar anak ke asrama namun jarang meluangkan masa untuk melawat mereka.

“Kadang-kadang, ibubapa hantar anak ke asrama tapi sebulan pun tidak datang melawat. Bila berlaku masalah, mereka kata sibuk bekerja, perlu cari duit. Betul, wang itu penting tapi anak-anak jauh lebih penting,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa warden asrama juga memainkan peranan besar dalam memastikan keselamatan dan disiplin pelajar sentiasa terjaga.

Menurutnya, setiap warden perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap blok atau tingkat yang di bawah jagaan mereka, namun ada segelintir yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.

“Apabila berlaku sesuatu kejadian, ada yang cuba melepaskan tangan dan tidak mahu bertanggungjawab. Ini tidak adil kerana pelajar di bawah jagaan mereka kadang-kadang bertindak seperti ‘tuan besar’, mahu tunjuk lagak dan buat sesuka hati,” katanya.

Tiong menegaskan, sikap sambil lewa seperti itu tidak sepatutnya dibiarkan kerana boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih serius dalam kalangan pelajar.

“Kita sebagai orang dewasa, terutamanya yang berada di sekolah, perlu mendidik mereka dengan betul. Jangan biarkan yang salah dianggap betul. Kalau dibiarkan begitu sahaja, pelajar lain akan meniru dan perbuatan ganas akan terus berlaku,” tambah beliau.

Dalam hal ini, katanya, ibubapa juga tidak boleh hanya menuding jari kepada pihak sekolah apabila berlaku sesuatu masalah kerana mereka turut memikul tanggungjawab dalam membentuk sahsiah anak-anak.

Sebagai langkah mendekatkan hubungan kekeluargaan, beliau mencadangkan agar ibubapa meluangkan masa untuk melawat anak-anak di asrama sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Cukup satu atau dua jam sahaja, sekurang-kurangnya anak rasa diri mereka dihargai dan disayangi,” ujarnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pendidikan percuma pelaburan masa depan Sarawak – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.