Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RADDA, RTP bukti keprihatinan kerajaan Sarawak perkukuh pembangunan luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RADDA, RTP bukti keprihatinan kerajaan Sarawak perkukuh pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 10 hours ago
TEMU BUAL….Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh ditemui media, hari ini. 

SARIKEI: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh mendedahkan sebanyak 90 projek pembangunan dengan nilai keseluruhan RM1.523 bilion telah dikenal pasti di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Beliau berkata, daripada jumlah itu, tiga projek telah ditender, manakala 10 lagi dijangka ditender pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada agensi pelaksana atas komitmen tinggi mereka dalam memastikan projek RADDA dilaksanakan mengikut jadual.

“Begitu juga dari segi projek yang telah dikenal pasti dalam program Transformasi Luar Bandar (RTP) Kuala Rajang, di mana untuk tahun ini, kita sudah melaksanakan lebih kurang 80 peratus projek RTP di kawasan Kuala Rajang dalam zon Tanjung Manis dan zon Sarikei.

“Untuk 2026, kita sudah juga mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan di zon Sarikei dan zon Tanjung Manis.

“Semua persiapan sudah dibuat, insya-Allah kita akan laksanakan mengikut jadual,” katanya. 

Len Talif yang juga Pengerusi RADDA dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika ditemui media pada majlis penutupan Kursus Protokol dan Pengurusan Acara Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kuala Rajang di Dewan Komuniti Masjid Al-Muttaqin, hari ini.

“Oleh sebab itulah, saya memohon juga kerjasama semua pihak untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual supaya harga ataupun kos projek ini tidak akan lari. 

“Maklumlah, kalau kita lihat dari segi peningkatan kos projek…kalau kita lambat untuk melaksanakan projek ini, kos akan meningkat, bermakna ia lari daripada bajet kita,” katanya. 

Katanya, disiplin dan kesepakatan antara agensi pelaksana, kontraktor serta komuniti tempatan amat penting bagi memastikan projek pembangunan di bawah RADDA dan RTP memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.  

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM50,000 naik taraf Surau Darul Iman di Kampung Tengah Hulu
Next: Desa Tamu dan SukmaRia Foodcourt pacu ekonomi komuniti di bawah DBKU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.