Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ilmu protokol bina keyakinan, profesionalisme generasi muda
  • TEMPATAN

Ilmu protokol bina keyakinan, profesionalisme generasi muda

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK ALBUM….Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh bergambar bersama para peserta kursus. 

SARIKEI: Penguasaan ilmu protokol dan pengurusan acara harus dijadikan keutamaan dalam kalangan generasi muda agar mampu berdepan dunia penuh cabaran dengan keyakinan dan profesionalisme. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata kemahiran tersebut bukan sahaja penting bagi pegawai kerajaan, tetapi turut menjadi nilai tambah yang membezakan antara individu yang berdisiplin dengan yang sebaliknya.

SELAMAT DATANG….Para peserta kursus menyantuni Datuk Len Talif Salleh setibanya beliau di Dewan Komuniti Masjid Al-Muttaqin, hari ini.

“Pengurusan protokol dan acara ini sangat penting dan merupakan nadi dalam penganjuran majlis bukan sahaja untuk agensi kerajaan malah setiap daripada kita harus mengambil tahu tentang etika protokol dalam menganjurkan majlis. 

“Lebih-lebih lagi bagi majlis rasmi yang melibatkan orang-orang kenamaan, serta tetamu jemputan dalam dan luar negara,” katanya.

TAHNIAH….Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta. 

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Kursus Protokol dan Pengurusan Acara Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kuala Rajang di Dewan Komuniti Masjid Al-Muttaqin, hari ini.

Kursus tersebut merupakan anjuran Saberkas Cawangan Kuala Rajang dengan kerjasama Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara (UPPAN), dan Pusat Khidmat Kuala Rajang. 

Tambahnya, generasi pelapis bukan hanya perlu cemerlang dalam kemahiran teknikal (hard skills), tetapi juga perlu memiliki ‘soft skills’ seperti perhubungan awam, etika dan protokol dan sebagainya.  

“Kemahiran-kemahiran ini merupakan asas dalam menjaga tatatertib dan menghormati antara satu sama lain, termasuklah penggunaan panggilan hormat. 

“Melalui penerapan etika seperti ini mencerminkan disiplin, sikap yang baik dan saling hormat menghormati malah ia menjadi gambaran keperibadian serta wajah organisasi yang dihormati,” katanya. 

Katanya, objektif utama kursus yang dianjurkan selama dua hari tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang konsep asas majlis, di samping melatih peserta dalam etika menerima tetamu kehormat dan mempraktikkan pengurusan protokol yang efisien.

“Oleh sebab itulah, kursus seperti ini menyediakan semua peserta dengan ilmu dan kemahiran tertentu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan protokol yang boleh menjejaskan kelancaran majlis. 

“Ini termasuklah susunan kerusi atau panggilan hormat yang tepat. 

“Apabila kita telah menguasai etika dan protokol ini, maka ia akan memudahkan kerja serta dapat mengendalikan majlis secara professional,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, beliau berharap agar generasi muda menjadi duta teladan dalam mencerminkan ciri-ciri etika dan profesionalime dalam bidang tersebut. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perancangan operasi AirBorneo masuki fasa akhir, fokus RAS fasa permulaan
Next: Kumang Keling bukti keupayaan Sarawak jadi hab budaya rantau ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.